Monday, May 15, 2017

Senarai khianat PKR kepada PAS (Harakah) - Bersatu Menentang UMNO-BN? Atau 'hapuskan' semua yang menentang hajat parti menang kerusi dipertandingkan semasa PRU?


Apa yang berlaku kepada perhubungan PAS-DAP dan PKR? Apakah yang menyebabkan pemecahan Pakatan Rakyat(PR)? Siapakah yang memecahkan PR - PKR? DAP? PAS?...Satu artikel daripada Harakah menyalahkan PKR mungkin harus dibaca...

Pakatan Rakyat(PR), jika dilihat mungkin hanya merupakan 'gabungan' untuk menghadapi pilihanraya - kerjasama antara parti untuk menntang UMNO-BN?  Untuk memastikan 'satu lawan satu'? Ianya sebenarnya tak berbeda daripada 'gabungan' UMNO-BN - kerana selain daripada strategi 'perkongsian' untuk dapatkan kuasa, adakah semua parti dalam UMNO-BN ada polisi bersama mengenai cara pentadbiran...adakah mereka sudah mengabaikan polisi dan pendirian parti sendiri?

Apakah polisi dan prinsip bersama PR mengenai pentadbiran kerajaan di Malaysia, berbeza dengan UMNO-BN? ...Kalau dilihat, mungkin 'polisi dan prinsip' PR (atau gabungan pembangkang utama kini) agak sama - pembangkang hanya  berjanji lebih 'Bersih, Cekap dan Amanah'...sedih sekali? Sedih sekali PR (dan kini PH) tidak bekerja untuk memasukkan lagi banyak parti pembangkang dalam koalisi parti pembangkang ini...banyak parti pembangkang di Semenanjung, Sabah dan Sarawak masih dipinggirkan? Mengapa? Ini kesilapan yang besar, berdasarkan pendapat saya.

UMNO sendiri tak boleh menang dan mendapat sokongan rakyat - Mengapa? Mungkin kerana ia parti yang hanya mewakili orang Melayu (lebih kurang 55% rakyat Malaysia, dan kita semua tahua orang Melayu bukan semua mahu dan sokong UMNO - ramai sokong PAS..ada yang juga sokong Amanah, PKR, PRM, DAP, dll...? 

Justeru, hakikat memerlukan parti atau 'gabungan parti' yang mewakili kesemua rakyat ...justeru Perikatan/Alliance - UMNO, MCA dan MIC...tetapi sejarah membuktikan bahawa 3 parti ini juga tak mampu mendapat sokongan majoriti...terpaksa pula menambahkan parti gabungan menjadi pula Barisan Nasional (BN)...di mana pada masa yang sama, parti pembangkang yang mula mendapatkan sokongan ramai perlu dihapuskan...(Justeru, lihat apa yang dilakukan kepada Barisan Sosialis(Parti diharamkan...pemimpin ditangkap di bahawa Akta Tahanan Tanpa Bicara, dll..) 

Justeru, parti politik dimana keahlian dihadkan kepada kumpulan etnik tertentu atama agama tertentu) sukar sekali mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia kerana Malaysia sememangnya negara berbilang kaum dan agama - di mana, jika dilihat Malaysia mempunyai hanya lebih kurang 55% Melayu, atau lebih kurang 60% lebih Islam...)

Untuk menarik sokongan rakyat, apa yang diperlukan adalah polisi dan pendirian jelas. Adakah ianya parti yang mengutamakan hak asasi dan kebebasan - Adakah Akta yang membenarkan tahanan tanpa bicara akan dihapuskan - POCA, POTA, DD(SPM) dan SOSMA? Adakah hak berpersatuan dan bersuara dibenarkan - bukan saperti kini di mana untuk anjurkan perhimpunan aman pun banyak halangan - lebih halangan timbul bila UMNO-BN buat undang-undang baru - Akta Perhimpunan Aman? 

Apakah polisi pencukaian? Apakah perkhidmatan yang dijamin kerajaan - bantuan kepada warga miskin, dll? 

Pendidikan - adakah kita akan pastikan pendidikan percuma sehingga peringkat Universiti? Adakah kita akan pastikan perkhidmatan keihatan/perubatan percuma - kini UMNO-BN ke arah mahu mengenakan caj untuk perkhidmatan asas...tak ada wang tak dapat perkhidmatan kesihatan?? 

Pencukaian - adakah cukai pendapatan dan cukai korporat akan ditambah? Adakah cukai dikenakan kepada yang lebih kaya akan dinaikkan ...yang berpendapatan lebih daripada RM150,000...lebih daripada RM500,000...lebih daripada 1 juta...kini di Malaysia hanya lebih kurang 26% - berbanding dengan negara lain, di mana cukai dikenakan 45% atau lebih... Cukai dikenakan kepada yang lebih kaya sentiasa harus jauh lebih tinggi daripada rakyat yang berpendapatan kurang ...tujuan mengagihkan kekayaan kepada rakyat...? Kenapa di Malaysia kurang sangat...

UMNO-led BN is pro-rich when it comes to income tax...Rich (and super rich) should pay more

 Taxing super-rich higher rates is just - finally BN getting it right?

Budget:- Little help for the poor but Great help for the rich and very rich

Increase Individual Chargeable Income Tax Rates - 30 - 50%? Malaysia desperately needs money...

SUBSIDI - ianya perlu khususnya untuk barangan asas yang diperlukan rakyat untuk hidup - justeru perlu 'subsidi' untuk barangan saperti beras, minyak masak, telur, tepung, ayam, garam, susu, sayur-sayuran...serta letrik, bekalan air, pembetungan, telekomunikasi(talipon/internet/setem), komunikasi(radio/TV), jalanraya(tak ada tol), perkhidmatan pengangkutan awam (bas/keretapi,tempat letak kenderaan). 

Polisi mengenai pekerjaan - Hak Kerja Regular/Tetap(Adakah kerja kontrak jangka pendek dan sistem 'contractor for labour' akan dimansuhkan atau dihadkan?), Hak untuk mendapat kerja (tak ada kerja untuk rakyat adalah kegagalan kerajaan semasa - justeru wajar tak dapat cari/ber kerja kepada rakyat, kerajaan akan menampung kehidupan mereka tak ada kerja - bantuan bulanan diberikan, dll. Adakah parti politik di Malaysia memikirkan isu saperti ini - kini hanya isu 1MDB, kleptocracy, rasuah, ...penting tetapi lebih banyak isu dan polisi perlu difikirkan?

SEDIH melihat begitu cepat mereka 'tukar' - satu hari minta semua sokong parti ini ...dan satu hari minta semua tolak parti ini...dan ini yang berlaku dengan parti-parti pembangkang kini ...lupa sudah fokus utama iaitu UMNO-BN? DAP dan PKR dan Pakatan Harapan menjadi fokus 'serangan' PAS...dan sebaliknya....Ada pula parti pembangkang, di mana fokus 'serangan' menjadi ahli atau bekas ahli parti mereka...Semua hanya memikirkan 'kerusi' yang mahu ditandingi dalam PRU akan datang...siapa mahu jadi calun PM jika menang...Adakah fokus kini hanya 'kuasa'....bukan lagi rakyat? 

Siapa nak undi? Siapa nak sokong? Mungkin perlu kita melihat kepada 'orang perseorangan' bukan sahaja parti bila kita memberikan sokongan nanti? Adakah calun ini seorang yang 'baik', yang berani bersuara, bertindak dan berjuang untuk kepentingan rakyat....Banyak MP dan ADUN dari parti pembangkang, yang kita mengundi pada PRU yang lalu, nampaknya macam 'tak guna' - mahu 'pangkat' tapi tak buat kerja atau jadi 'wakil rakyat' - lihat kehadiran di Parlimen atau DUN, lihat soalan yang ditanya (dan sama ada jawapan dikongsi dengan rakyat), adakah ada sesi bersama rakyat di mana ada pemberian maklumat, sesi soal jawap, ada konsultasi bersama rakyat, adakah keluar kenyataan media atau pndapat....ramai hanya mahu bersama pemimpin parti...untuk pastikan akan dipilih lagi jadi wakil rakyat...Pergi 'google' dan lihat ada keluar nama ---dll? Adakah demokrasi bertambah? Kalau Kit Siang boleh hampir setiap hari keluarkan kenyataan/pendapat ...Nik Aziz, contoh 'wakil rakyat' - nyata hidup 'simple', tidak berkhidmat untuk kepentingan diri atau keluarga sendiri? Lihat wakil rakyat anda...adakah dia hanya 'Yang berhormat' atau sebenarnya 'Yang berkhidmat? 

Tidak mahu 'wakil rakyat' yang hanya kroni kepimpinan semasa parti...tetapi mahu 'wakil rakyat' tulin yang mewakli kepentingan rakyat. Kepentingan rakyat bukan bermaksud orang yang akan berikan wang atau kontrak tetapi seorang yang bekerja untuk semua rakyat di kawasannya...mereka yang hanya bantu penyokong ...bukan 'wakil rakyat' yang diperlukan. Siapa harus dipilih jadi calun? Yang terbaik tak mengira parti politik - pendirian, ini 'kerusi' parti saya, justeru saya akan meletak calun dari parti saya adalah amalan tidak baik - pilih yang terbaik yang layak di antara semua parti pembangkang atau yang lain(bukan ahli parti tetapi sanggup menjadi ahli dan bertanding di bawah tiket parti). Ya - ramai yang kini bukan ahli parti ...tetapi mempunyai kelayakkan menjadi wakil rakyat berkualiti...pilih mereka sebagai calun? Mengapa tak boleh? Malaysia dan rakyat Malaysia adalah keutamaan - pilih calun terbaik...

FOKUS - ini diperlukan? Adakah objecktif utama untuk mendapatkan kerajaan selain daripada kerajaan UMNO-BN?

Jika ya, mungkin parti pembangkang harus berhenti memburukkan parti pembangkang terlalu banyak...timbulkan dan bincang perlu...tetapi jangan lupa fokus harus untuk akhirnya mendapatkan kerajaan Malaysia selain daripada UMNO-BN?

Benar atau tidak dakwaan terkandung dalam artikel di bawah ..terserah pada kamu...hanya dikongsikan pendapat penulis ini...tak pasti sama ada semua benar atau tidak?

 Senarai khianat PKR kepada PAS

 
 


LANCANG sekali Pakatan Harapan (PH) melemparkan fitnah dan menuding jari kepada PAS sebagai penyebab dalam pelbagai hiruk-pikuk politik dengan memangsakan serta meletakkan PAS di kandang pesalah. PKR yang merupakan rakan tahaluf PAS paling lama turut bersorak dan bertepuk tangan membuli PAS supaya akur dan mengikut telunjuk angkuh DAP dan PAN.
 
Malah, PKR tergamak bersekongkol dengan mereka itu yang cuba mencampuri urusan dasar, termasuk menyerang dan melemahkan PAS. Sedangkan, PAS atas kesabaran, kejujuran dan semangat setiakawan sanggup jatuh bangun bersama demi dakwah dan membimbing rakannya agar dapat membawa perubahan dalam politik dan pemerintahan negara.
 

 Sedari awal tersingkirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, pimpinan PAS paling awal mengatur kebangkitan rakyat menerusi Gerak dan memberdayakan parti itu. Malah, dibela Anwar untuk diadili secara enar dari pelbagai pertuduhan berkait salah laku moral dan tuduhan agen asing termasuk penganiayaan atas dirinya.

Malangnya PKR begitu cepat lupa diri, angkuh dan pragmatik hingga memerlukan PAS menilai semula pertimbangan syariat berkaitan ‘Tahaluf Siyasi’ setelah berlaku pelanggaran syarat oleh PKR. Maka sebagai menjawab tuduhan dan gambaran buruk pernah diberikan, dinyatakan di sini hakikat sebenar tindak tanduk PKR terhadap PAS:
April 2013: Bersikap keras terhadap PAS dalam pembahagian beberapa kerusi hingga berlaku pertembungan dan sewenang-wenangnya meletakkan calon daripada parti lain yang bukan merupakan rakan dalam Pakatan Rakyat tanpa perbincangan dan persetujuan bersama.

April 2013: Laksamana Pertama (B) TLDM, Mohamad Imran Abd Hamid yang menyertai PAS pada 7 Oktober 2011 diambil PKR sebagai calon PRU13 Parlimen Lumut. Tindakan ‘mencuri’ ahli PAS juga berlaku di negeri lain melibatkan pengambilan sebagai calon PRU.

Disember 2013: PKR kononnya telah menasihati, tetapi dilihat sekadar membiarkan bekas calonnya di Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin menyaman Presiden PAS. Malah, perkara itu digembar-gemburkan Shamsul ketika PAS mahu memberi tumpuan kepada PRK Kuala Besut yang dilihat cuba menjejas dan mensabotaj PAS.

Januari 2014: ‘Langkah Kajang’ adalah konspirasi menjatuhkan MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) dan digerakkan tanpa pengetahuan PAS. PAS melihat tiada alasan syarak untuk TSKI digantikan dan ia berunsur manipulasi yang boleh menggoyah kestabilan kerajaan negeri. Mandat rakyat bagai dipermainkan dan tumpuan masa serta wang dihabiskan untuk ‘politiking’ pilihan raya yang disengajakan.
Mac 2014: Hasrat awal memicu Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi ‘loncatan’ ke Putrajaya bertukar ‘tragedi’ oleh kes mahkamah. Pencalonan diganti dengan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (WAWI) dan beliau memenangi PRK itu. PAS walaupun tidak bersetuju dengan tindak tanduk PKR tapi tetap menurunkan jentera atas tuntutan tahaluf.
Julai 2014: Detik krisis politik Selangor memuncak dan pelbagai skandal dihadapkan terhadap TSKI oleh partinya sendiri dan Dun digambarkan menyokong WAWI. Namun, syarak mengikat PAS untuk tidak bersetuju WAWI dirintis ke jawatan MB.
Ogos 2014: Istana juga tidak memperkenan, menyebabkan berlaku ‘penderhakaan’ terhadap titah yang mengundang murka Sultan. Tetapi akhirnya TSKI menawarkan meletak jawatan. Tindakan PAS menamakan beberapa calon dikhianati ‘agen’ pro-PKR di dalam PAS.
September 2014: Berada di kedudukan baharu sebagai MB Selangor, Mohamed Azmin Ali bertindak mengurangkan kouta PAS dari seramai empat Exco yang diperuntukkan sebelum itu kepada hanya tiga Exco. Malah, penggiliran jawatan Senator kepada PAS untuk penggal itu juga tidak diberikan.
September 2014: PKR banyak dilihat beriringan dengan DAP yang menunjukkan sikap keras parti cauvinis itu kepada PAS khususnya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang termasuk dilihat membayangi beberapa pimpinan PAS yang jelas menunjukkan sikap pro-Anwar/PKR dan DAP. Banyak kenyataan dan tindakan yang sengaja mencampuri atau mempengaruhi urusan dalaman PAS.
12 Oktober 2014: Pesta arak Octoberfest tetap dilangsungkan di Selangor dengan turut dihadiri oleh pimpinan dari DAP dan PKR yang seolah-olah mencabar sensitiviti agama dan bantahan dikemukakan oleh PAS.
17 Mac 2015: PKR menggunakan alasan ‘Fiqh al-Awlawiyat’ untuk tidak menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan mengarahkan Adun PKR Guchil, Roslan Puteh supaya tidak menyertai perbahasan dan mengundi. PKR memberi alasan rasmi bahawa memperbetul ketidakadilan dan membela kebajikan lebih utama dari melaksana undang-undang hudud.
11 September 2015: Kejadian ‘curi’ ahli berulang apabila WAWI mengumumkan penyertaan bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar dan mantan MB Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam PKR. Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat dilantik sebagai Pengarah Politik & Dasar PKR.
22 September 2015: PKR turut bersama DAP dan PAN membentuk koalisi baru iaitu PH dan mengabaikan PAS. Bahkan, banyak menyertai gabungan itu dalam memberikan reputasi negatif terhadap PAS dalam pelbagai tindakan dan rentak politik. Juga memanipulasi dan mensensasikan pendekatan-pendekatan politik PAS hingga mengundang salah faham.
Januari 2016: PKR dan PAN mengatur siri ceramah bersama di Kelantan yang kandungannya berkisar gugatan, ancaman dan serangan ke atas kedudukan PAS di negeri itu serta Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS antaranya melibatkan:
• 15 Januari > Dato’ Kamaruddin Jaafar, Azan Ismail dan Siti Aishah Shaik Ismail (Tumpat);
• 16 Januari > Rafizi Ramli (Pasir Mas & Ketereh);
• 20 Januari > Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid dan Wan Ji Wan Husin (Tumpat).
Walhal pada 13 Januari, Setiausaha PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah Md Nawi mengutus surat rasmi kepada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli supaya PKR tidak menerima jemputan ceramah bersama PAN di Kelantan kerana pendirian berterusan PAN untuk menjatuhkan PAS di Kelantan.
April 2016: PRN Sarawak menyaksikan persekutuan PH melibatkan DAP, PKR dan PAN turut sinikal dan mensasarkan PAS seolah-olah musuh mereka sebagaimana BN. PKR sedikitpun tidak menunjukkan diri mereka sebagai rakan tahaluf PAS.
Mei 2016: Pemimpin PKR mempertikai Usul RUU Persendirian Pindaan Akta 355 dengan skeptikal bahawa ia bermotif politik apabila mengaitkannya dengan kempen PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar serta Muktamar PAS. Lidah rasmi PKR, Suara Keadilan pula meletuskan persepsi apabila mengaitkannya sebagai usaha PAS melepaskan BN dari belenggu isu 1MDB. Perlekehan dan sinikal itu sekali gus meremehkan usaha PAS untuk memartabatkan perundangan berkaitan.
Jun 2016: PKR bukan sahaja memberi sokongan dan bantuan penuh kepada PAN dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang merupakan kerusi tradisi ditandingi PAS, malah memburuk-burukkan PAS dalam kempen. MB Selangor juga melontarkan nada amaran dan mengambil tindakan berbentuk ugutan kepada Exco PAS. Suara Keadilan pula memainkan sentimen secara batu api bernada ancaman terhadap hubungan dengan PAS. Memperlekehkan usaha memperjuangkan hudud dan merendah-rendahkan Presiden PAS. – HARAKAHDAILY 14/5/2017

No comments: