Monday, May 15, 2017

Malaysia:- Worker Case - No time limit yet BUT 6 - 12 Months to complete Criminal/Civil cases?



Pekerja atau kesatuan membuat tuntutan terhadap majikan – begitu lewat proses pentadbiran keadilan berjalan…kes bermula dan berakhir begitu lama…Kes pembungan kerja di mana pekerja menuntut kerja kembali – bermula 5 tahun lebih selepas pembuangan kerja? – ADIL? Atau adakah ini menunjukkan bahawa kerajaan UMNO-BN tak peduli sangat untuk  keadilan untuk pekerja atau kesatuan sekerja? Kelewatan memprejudiskan pekerja dan kesatuan sekerja …ramai pekerja akan ‘give up’ …and majikan yang melakukan kesalahan terlepas gitu saja… Maka ketidakadilan berkekalan...

Kehakiman(Judiciary) Malaysia menetapkan jangka masa untuk kes sivil dan jenayah siap - 6 bulan, 9 bulan, 12 bulan - lihat Pekeliling Ketua Pendaftar Mahkamah menetapkan garis masa(time limit) untuk penyelesaian kes di bawah ini...


Menteri Sumber Manusia juga harus menetapkan jangka masa kes Mahkamah Buruh(Labour Court) dan Industrial Court diselesaikan...HAD MASA MAHKAMAH SIVIL DAN JENAYAH - 6 BULAN, 9 BULAN, 12 BULAN...(berasaskan jenis kes, lihat di bawah)?

Bila kes lambat bermula dan diselesaikan, yang diprejudiskan adalah pekerja dan kesatuan sekerja...

Kini kes di Mahkamah Perusahaan, termasuk kes pembuangan kerja secara salah, di mana pekerja menuntut kerja semula ia memanggil terlalu lama ...ya, pekerja tak ada kerja atau gaji sedangkan syarikat majikan terus beroperasi saperti biasa...kes pemimpin Union 

Wan Noorulazhar - 5 years 7 months later wrongful dismisal case begins? Great injustice?

Jika jangkamasa untuk menamatkan kes jenayah dan sivil boleh ditetapkan 6 bulan, 9 bulan atau 12 bulan, kenapa masa menyelesaikan kes pekerja tidak juga ditetapkan - paling maksima 6 bulan. Sila lihat pekeliling yang dikeluarkan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Jika kes pekerja ditangguhkan...ditangguhkan...sehingga bertahun-tahun, kebanyakkan pekerja akan LETIH dan tidak mahu tunggu begitu lama - akhirnya akan berhenti berjuang untuk keadilan. 

Tambahan pula, kerajaan UMNO-BN telah meminda undang-undang, menghadkan pampasan maksima jika Mahkamah mendapati pembuangan kerja itu salah kepada 24 BULAN - justeru, jika kes selesai lebih daripada 24 bulan dari tarikh pembuangan kerja, yang rugi dan menjadi mangsa ketidakadilan adalah pekerja ...

Dahulu, bila tidak dihadkan, walaupun kes berjalan lama....bila pekerja menang, pekerja akan mendapat pampasan gaji(campur elaun,dll) untuk setiap bulan mulai tarikh pembuangan kerja sehingga tarikh penghakiman.... lebih adil. Justeru, majikan juga akan mahu kes berakhir cepat... kini...lagi lama kes ditangguhkan, lagi untung majikan ...lagi rugi pekerja...Lagi lama kes berjalan, lagi sukar juga untuk pekerja kembali kerja ....kerana beraneka jenis faktor...

BERIKAN HAD MAKSIMA KES PEKERJA HARUS DIBICARA DAN DIPUTUSKAN MAHKAMAH BURUH DAN/ATAU MAHKAMAH PERUSAHAAN - JANGAN LEBIH DARIPADA 6 BULAN DARIPADA TARIKH PEMBUANGAN KERJA....jika ada rayuan pun, mesti diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada 3 bulan...

Justice Delayed is Justice Denied - bagi seorang pekerja dan/atau kesatuan, masa amat penting, keadilan mesti cepat...lagi cepat lagi bagus. Tak cukup hakim/mahkamah - tambahkan bilangan mahkamah.



KES pekerja ...ada masalah lain. Bila pekerja di wakil oleh MTUC atau ahli Kesatuan, ramai fikir,  semua percuma tetapi sedih sekali, pekerja biasa kena bayar... Untuk MTUC, mula-mula untuk mendaftar kena bayar RM100, untuk wakil MTUC pergi jumpa pekerja, kena bayar RM60 -RM300 (atau lebih)...ini masuk 'pocket' Unionist..untuk kes buang kerja, kini dikatakan kena bayar RM5,000 - RM10,000... sedih, bila 'Unionist' seharusnya bantu secara percuma tanpa minta pekerja membayar...(ini kita akan lihat lebih dalam posting akan datang)

Jangan khuatir, kini boleh dapat peguam percuma daripada Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam Malaysia. Skim Bantuan Guaman kini oleh kerajaan UMNO-BN tidak lagi memberikan bantuan guaman percuma untuk kes pekerja....(ini kita akan lihat lebih dalam posting akan datang)





GARIS MASA (TIMELINE)
3.1      Garis masa (timeline) penyelesaian kes jenayah dan sivil adalah bermula dari tarikh pendaftaran kes di Mahkamah seperti yang berikut:
(a) Mahkamah Sesyen Jenayah dan Sivil–
Kes Jenayah          :          12 bulan
Kes Sivil                :          9 bulan

(b) Mahkamah Majistret Jenayah dan Sivil–
Kes Jenayah          :          12 bulan
Kes Sivil                :          6 bulan (kecuali kes-kes tuntutan kecederaan diri/kemalangan jalanraya)
Kes Sivil                :          9 bulan
(tuntutan kecederaan diri/kemalangan jalanraya)
3.2     Bagi kes jenayah dan sivil yang dikembalikan dari Mahkamah Atasan selepas rayuan dilupuskan atau kes dihidupkan semula atau kes yang relevan dengan keadaan tersebut, tempoh penyelesaian kes tersebut hendaklah tertakluk kepada garis masa (timeline) sebagaimana di perenggan 3.1 di atas.
3.3     Semua Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret seluruh Semenanjung Malaysia hendaklah memastikan kes yang ditetapkan dan dikendalikan diselesaikan menurut garis masa (timeline)....

No comments: