Pekerja FELDA/FELCRA - dua agensi kerajaan ini ada mempunyai ladang getah/kelapa sawit - apakah situasi pekerja ladang?
PENEROKA Felda adalah mereka yang mendapat tanah(memilikinya kini), yang ditanam getah/kelapa sawit. Mereka juga ada rumah/tanah sendiri. Isu peneroka kerap menerima perhatian - tetapi apakah nasib pekerja yang kerja di ladang FELDA dan FELCRA? Adakah mereka mendapat gaji wajar - rumah tempat tinggal.
Bagi pekerja ladang, satu obligasi majikan adalah juga menyediakan rumah tempat tinggal - sebenarnya ada undang-undang khusus menyatakan tahap minima rumah yang harus di sediakan.
Adakah FELDA dan/atau FELCRA mengaji pekerja sendiri? Atau adakah mereka gunakan sistem 'contractor for labour' - cara untuk melepaskan diri daripada obligasi majikan termasuk menyediakan rumah tempat tinggal?
Adakah pekerja tersebut ada Kesatuan Sekerja?
Kerajaan, khususnya agensi kerajaan saperti FELDA/FELCRA dan syarikat milik kerajaan mestilah menjadi majikan contoh - memastikan hak pekerja dihormati serta semua pekerja mereka mempunyai gaji wajar(lebih daripada gaji minima)
Ramai peneroka FELDA sekarang juga tidak lagi turun kerja diladang tetapi mengupah pekerja lain untuk kerja diladang milik mereka...
Kerajaan nampaknya risau tentang PENEROKA dan anak peneroka - tetapi bagaimana keadaan pekerja?
No comments:
Post a Comment