Tuesday, April 07, 2020

Jadikan COVID-19 Penyakit Pekerjaan di bawah Undang-undang untuk memastikan perlindungan sosial untuk semua pekerja dan keluarga mereka(55 kumpulan)

Kenyataan Media – 2/4/2020(Terjemahan Bahasa Melayu)

Jadikan COVID-19 Penyakit Pekerjaan di bawah Undang-undang untuk memastikan perlindungan sosial untuk semua pekerja dan keluarga mereka

Kami, 55 kumpulan, organisasi dan kesatuan sekerja yang disenaraikan di bawah ini, sebagai respon kepada hakikat kini dengan kemunculan penyakit Covid-19, penyakit berjangkit yang mudah menjangkiti orang lain, termasuk pekerja, mendesak agar kerajaan Malaysia segera mengiktiraf dan menjadikan Covid-19 satu penyakit pekerjaan.

Dengan berbuat demikian, pekerja yang dijangkiti oleh Covid-19 di tempat kerja mereka, termasuk tempoh ini, akan berhak kepada perlindungan sosial yang diberikan oleh skim keselamatan sosial dan undang-undang.

Bagi mereka yang mati, akibat jangkitan Covid-19 di tempat kerja, juga akan mendapat pampasan dengan mudah, dan pasangan/anak/saudara tua mereka juga berhak mendapat faedah yang selamat termasuk pencen waris.

Majikan mempunyai kewajipan dalam undang-undang untuk memastikan persekitaran kerja selamat, dan kini juga diperlukan untuk memastikan bahawa tempat kerja selamat dari Covid-19 dan/atau mana-mana penyakit berjangkit berbahaya yang lain, terutama yang boleh mengakibatkan kematian atau beranika ketidakupayaan kekal yang lain.

Walaupun wujud perintah kawalan pergerakan pada masa ini, tempat kerja yang menyediakan perkhidmatan penting(essential) terus beroperasi, di mana pekerja yang melakukan perjalanan pergi balik tempat kerja, dan bekerja di tempat kerja ini setiap hari menghadapi risiko dijangkiti virus Covid-19, yang setakat ini juga telah mengakibatkan banyak kematian di seluruh dunia. Justeru, pekerja memerlukan perlindungan, dan ini boleh dilakukan dengan mengklasifikasikan Covid-19 sebagai penyakit pekerjaan.

Kini, pekerja yang bertanggungjawab menyediakan pembayaran gaji juga dikehendaki melakukan perjalanan pergi balik ke tempat kerja mereka untuk tujuan mengatur gaji bulanan pekerja.

Pekerja yang juga diperlukan (atau dipaksa) tinggal di tempat tertentu oleh majikan, juga harus dilindungi. Jika, pekerja di tempat tinggal sebegini manjadi mangsa Covid-19, Ini juga harus dianggap sebagai 'penyakit pekerjaan', dan diberikan semua perlindungan sosial yang diperlukan.

Kini pandemik Covid-19 menonjolkan kekurangan dalam undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, termasuk undang-undang keselamatan sosial untuk pekerja. Masa  sudah tiba masa untuk mengatasi segala kekurangan atau kegagalan ini.

Harus diketahui, dahulu ada juga dakwaaan pekerja yang dipaksa tinggal  bersama atau bekerja bersama ada dijangkiti penyakit serius yang boleh mengakibatkan kematian atau menjejaskan kehidupan seperti tuberkulosis dari pekerja lain di tempat tinggal pekerja dan/atau di tempat kerja.

Kesemua penyakit seperti ini, bukan sekadar Covid-19 saja, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan lain yang boleh memberi kesan kepada pekerja dari segi  pekerjaan dan/atau pendapatan masa depan, harus diklasifikasikan secara khusus sebagai penyakit pekerjaan, dan pekerja harus diberikan semua manfaat di bawah undang-undang perlindungan sosial.

Undang-undang ini perlu diguna pakai untuk semua pekerja, termasuk pekerja migran(asing) dan pekerja domestik.

Di Malaysia, pekerja tempatan umumnya dilindungi oleh Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, yang memberikan perlindungan yang lebih baik kepada pekerja dan/atau keluarga mereka berbanding dengan Akta Pampasan Pekerja 1952 yang biasanya dipakai untuk pekerja asing. Perlindungan mestilah sama rata bagi semua pekerja, termasuk pekerja domestik.

Buat masa ini, Menteri Sumber Manusia, boleh menggunakan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 32(2) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514], dan mengisytiharkan bahawa Covid-19 diiktiraf sebagai penyakit pekerjaan. Perubahan lain dan/atau pindaan kepada undang-undang untuk memastikan perlindungan yang sama kepada semua pekerja mungkin memerlukan persetujuan Parlimen.

Maka, kami 

-    Menyeru Malaysia untuk segera menjadikan Covid-19 satu penyakit pekerjaan, terutamanya jika pekerja dijangkiti akibat pekerjaan, sama ada dalam perjalanan pergi balik  kerja, dan di tempat kerja pekerja atau di tempat penginapan yang disediakan oleh majikan;

Menyeru Malaysia  meminda semua undang-undang keselamatan sosial pekerja yang relevan, untuk memastikan remedi dan pampasan wajar dan adil untuk pekerja, keluarga pekerja dan/atau tanggungan mereka terutama jika berlaku kematian, atau ketidakupayaan yang memberi kesan kepada keupayaan untuk terus bekerja dan/atau memperoleh pendapatan pada masa depan; 

- Menyeru agar Malaysia memastikan bahawa majikan terikat oleh undang-undang untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat, termasuk selamat dari jangkitan manusia ke manusia di tempat kerja untuk penyakit saperti Covid-19,

- Menuntut Malaysia dan semua majikan untuk memastikan bahawa keselamatan dan kesihatan pekerjaan semua pekerja sentiasa diberi keutamaan dan dilindungi.



Charles Hector
Apolinar Tolentino 

Bagi pihak 55 kumpulan yang berikut

WH4C(Workers Hub For Change)
Malaysian Trade Union Congress (MTUC)
Clean Clothes Campaign Network (CCC)
Building and Wood Workers International (BWI) Asia Pacific Region
Labour Behind the Label, United Kingdom
Odhikar, Bangladesh
National Union of Transport Equipment & Allied Industries Workers (NUTEAW), Malaysia
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
Timber Industry Employee Union Sarawak (TIEUS)
MADPET (Malaysians Against Death Penalty and Torture)
North South Initiative(NSI)
Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan, Semenanjung Malaysia (KSIEWSSM)
Sarawak Banking Employees Union
MTUC Sarawak (Malaysian Trade Union Congress – Sarawak)
Malayan Technical Services Union           
Timber Employees Union of Peninsula Malaysia
Malay Forest Officers Union      
PKNS Union       
Sabah Timber Industry Employees Union
National Union of Flight Attendants Malaysia (NUFAM)
Legal Action for Women, United Kingdom
Global Womens Strike, United Kingdom
Malaysian Automotive Industry Workers Union Federation
Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
National Union of Banking Employees(NUBE)
Persatuan Sahabat Wanita Selangor                       
Single Mothers’ Self-Defence, United Kingdom
Association of Human Rights and Defenders and Promoters- HRDP(Myanmar)
Banglar Manabadhikar Suraksha Mancha (MASUM), India
MARUAH, Singapore
IMA Research Foundation, Bangladesh
Legal Awareness Watch (LAW), Pakistan
Asociación de Trabajadoras del Hogar a Domicilio y de Maquila–Atrahdom, Guatemala
Programme Against Custodial Torture & Impunity (PACTI), India
Marvi Rural Development Organization (MRDO), Pakistan
Onward Consulting, Malaysia    
Women of Colour Global Women Strike, United Kingdom
Payday, United Kingdom
Women Against Rape (UK)
Bangladesh Group Netherlands
International  Black Women for Wages for Housework
International Jewish Anti-Zionist Network, UK
Asosasyon ng mga Makabayang Manggagawang Pilipino Overseas in Malaysia (AMMPO-SENTRO)
European Rohingya Council
WinVisible (women with visible & invisible disabilities)
Campaign Abiti Puliti (Italian CCC)
Collectif Ethique sur l'étiquette (France)
Network of Action for Migrants in Malaysia(NAMM)
Gender Alliance for Development Center, Albania
Sudwind, Austria
Radanar Ayar Association, Myanmar
Philippine Alliance of Human Rights Advocates (PAHRA)
Centre for Research on Multinational Corporations (SOMO)
GoodElectronics Network
Tenaganita, Malaysia

**See full Joint Statement of now 51 groups at Make COVID-19 an Occupational Disease under Law to ensure social protection for all workers and their families (51 Groups) - now 55

Make Covid-19 an occupational disease under law for social protection — 51 groups(Malay Mail)

Groups call for Covid-19 to be declared an occupational disease to better protect workers (Star)

51 staff, labour teams want Covid-19 recognised as occupational sickness underneath Malaysian legislation | Malaysia(gotechdaily)

应列新冠肺炎为职业病!51组织促修法保障员工 (cincainews) - 'New coronary pneumonia should be listed as an occupational disease! 51 Organization Promotion Law to protect employees'

 



No comments: