Sunday, April 26, 2020

Pekerja Sektor lain kerajaan tak peduli? Hanya sektor binaan - Menteri keluar langkah selamatkan pekerja dari Covid-19?

Bahaya Covid-19 sudah lama diketahui - dan ada beberapa tempat kerja dibenarkan terus beroperasi tetapi tak ada undang-undang atau peraturan khusus yang memerlukan Majikan ambil langkah perlu untuk cuba pastikan pekerja selamat daripada menjaga mangsa Covid-19 di tempat kerja?

Menteri Sumber Manusia seharusnya Menteri yang mempunyai obligasi menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja > TETAPI sehingga kini tak ada peratuaran/undang-undang khusus dibuat - walaupun Menteri ini ada kuasa...Macam mana - tukar Menteri?

Menteri Kesihatan pun ada kuasa membuat perintah dan peraturan khusus untuk tempat kerja - Itu pun tak dibuat berbanding dengan Singapura yang telah ada peraturan tempat kerja..Infectious Diseases (Workplace Measures to Prevent Spread of Covid-19) Regulations 2020.


Kini, Menteri Kerja Raya dan CIDB telah bertindak mengeluarkan SOP dan arahan untuk tempat kerja ...tapi ini hanya sektor pembinaan..Good job CIDB and Minister of Works - Regulations to ensure safety at construction sites> HR Minister, why the delay? {
pos ini ada dengan jelas menyatakan apa prosidur dan garis panduan ini - yang meliputi bukan sahaja tapak kerja tetapi juga penginapan pekerja dan juga obligasi majikan menyediakan pengangkutan pi balik dari tempat kerja

 
[Standard Operating Procedures]

 [Guidelines on Preventive Measures Steps at the Construction Site]
[Guidelines for the Operation of Centralised Labour Quarters and Worker Accomodations] 

Contoh peraturan mengenai pengangkutan dan juga bilik solat...

 6.10. Kontraktor/ Syarikat perlu menyediakan kenderaan pengangkutan bagi pergerakan pekerja dengan menerapkan penjarakkan sosial/ safe distancing dan kenderaan yang digunakan perlu dinyah kuman setiap kali digunakan.


x. Setiap pekerja dibekalkan alat pelindung diri bersesuaian seperti penutup hidung, topeng muka dan sarung tangan yang bersesuaian secukupnya mengikut keperluan.
xi. Topeng muka hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja termasuklah ketika berada di tandas.
xii. Kontraktor perlu menyediakan kemudahan untuk mencuci tangan dengan menggunakan air, sabun dan bahan pencuci tangan (hand sanitizer).


i. Waktu rehat perlu disusun agar tidak menyebabkan kesesakan di kantin dengan pembahagian waktu rehat dalam kumpulan kecil.
ii. Penjarakkan sosial juga perlu dipastikan pematuhannya di semua kawasan rehat, kantin dan ruang solat.

Apa yang diperlukan adalah peraturan/undang-undang yang mewajibkan majikan buat - kalau tak buat, ia satu kesalahan dan majikan boleh didakwa di Mahkamah...ini penting sekali demi keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.. 

Kalau tak ada obligasi undang-undang, dan kemungkinan didakwa di Mahkamah dan seterusnya didenda atau dipenjarakan - ADAKAH KAMU FIKIR MAJIKAN AKAN BUAT APA YANG PERLU MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA DI TEMPAT KERJA?  

Sila lihat post terdahulu yang berkaitan:- 

Good job CIDB and Minister of Works - Regulations to ensure safety at construction sites> HR Minister, why the delay?

Singapore protects workers at workplace against Covid - but not Malaysia? Do we need a new HR Minister?

Menteri Gagal Melindungi Pekerja dari Menjadi Mangsa Covid-19, hanya ada perlindungan sosial SETELAH pekerja sudah dijangkiti dan/atau meninggal dunia 


Company/Business Not Providing Essential Services Operating Must be an Offence in Covid-19 MCO Regulations - Political or economic considerations should be put aside in favour of health of the people -(30 Groups)

SOCSO(but not yet Minister Saravanan) recognizes Covid-19 as occupational disease, after 55 groups called for it?

Jadikan COVID-19 Penyakit Pekerjaan di bawah Undang-undang untuk memastikan perlindungan sosial untuk semua pekerja dan keluarga mereka(55 kumpulan)

 

No comments: