Untuk kenyataan penuh, lihat Make COVID-19 an Occupational Disease under Law to ensure social protection for all workers and their families (51 Groups)
BERITA
NGO, kesatuan sekerja gesa Covid-19 ditakrif penyakit pekerjaan
Sejumlah
47 kumpulan aktivis dan kesatuan sekerja menggesa kerajaan
mengisytiharkan wabak Covid-19 sebagai penyakit pekerjaan - iaitu
penyakit yang disebabkan pekerjaan atau diperolehi di tempat kerja - di
bawah undang-undang.
Mereka berkata ia agar pekerja yang
dijangkiti Covid-19 di tempat kerja mereka, malah ketika tempoh
penularannya, akan mendapat perlindungan sosial yang diperuntukkan skim
keselamatan sosial dan undang-undang.
"Mereka yang meninggal dunia
akibat mendapat Covid-19 di tempat kerja akan berhak ke atas pampasan,
dan pasangan, anak atau ibu bapa mereka yang telah berusia juga berhak
mendapat manfaat (waris) termasuk pencen," kata mereka.
Kenyataan
itu ditandatangani oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC),
Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) dan Kesatuan
Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE).
Ia
juga ditandantangani antara lain oleh Persatuan Kesedaran Komuniti
Selangor (Empower), Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perusahaan
Alat-Alat Pengangkutan Dan Sekutu, Kesatuan Pekerja-Pekerja Industri
Perkayuan Sarawak, Kesatuan Pegawai-Pegawai Hutan Melayu Semenanjung
Malaysia dan Persatuan Sahabat Wanita Selangor.
Mereka berkata,
majikan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan persekitaran kerja yang
selamat, dan ia termasuklah daripada wabak Covid-19 dan penyakit
berjangkit yang lain, terutama yang boleh menyebabkan kematian atau
kecacatan kekal.
Mereka menyeru Menteri Sumber Manusia M Saravanan
untuk menggunakan kuasa yang diperuntukkan mengikut Sebseksyen 32(2)
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan mengisytiharkan
Covid-19 sebagai penyakit pekerjaan.
Menurut mereka, walaupun
dengan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan, pekerja dalam sektor
perkhidmatan penting masih terdedah dengan risiko jangkitan.
"Pada masa ini pekerja Sumber Manusia juga perlu ke tempat kerja untuk mengaturkan gaji bulanan pekerja.
"Pekerja yang perlu tinggal di kediaman tertentu yang disediakan majikan, juga perlu dilindungi.
"Pandemik
Covid-19 menunjukkan kekurangan dalam undang-undang kesihatan dan
keselamatan pekerjaan, dan juga undang-undang keselamatan sosial untuk
pekerja. Ini masanya untuk memperbaiki keadaan," kata mereka.
Pada
masa lalu, dakwa mereka, pekerja terpaksa tinggal di tempat sama dan
bekerja bersama, dan ia mengakibatkan ada yang mendapat penyakit bahaya
seperti batuk kering.
Mereka juga menggesa undang-undang itu terpakai kepada semua, termasuk pekerja asing dan pembantu rumah.
Di
Malaysia, pekerja tempatan secara umumnya tertakluk di bawah Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969, yang memberikan perlindungan lebih baik
berbanding pekerja asing yang tertakluk di bawah Akta Pampasan Pekerja
1952.
Setakat ini, sejumlah 2,908 kes Covid-19 di Malaysia dengan 45 kematian.
Di seluruh dunia pula, lebih 47,000 orang telah terkorban akibat wabak itu.
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
Sila lihat juga:-
Workers groups call for law defining Covid-19 as occupational disease(Malaysiakini)
No comments:
Post a Comment