HALAL - McDonald - bila kedai McDonald di negara lain menjual barangan tak halal? Justeru, jika pun hendak diberikan status 'halal' - ia mesti khusus mengenai satu-satu premis Restoran McDonald...
Justeru, halangan McDonald mereka yang menyambut harijadi di premis McDonald hanya dibenarkan bawa masuk 'kek halal' sangat mengelikan...
We only use 100% British Pork – in 2012 we used 10,000 tonnes of pork from British farmers. All of our suppliers must comply with the UK animal welfare legislation and are covered by a recognised farm assurance scheme. - http://www.mcdonalds.co.uk/ukhome/Aboutus/Newsroom/facts_and_stats0/menu.html#close
KFC launches pulled pork burger - http://www.news.com.au/lifestyle/food/restaurants-bars/kfc-launches-pulled-pork-burger/news-story/b6a0df81c23a0d5faeef46c6f3bbf7a8
Bolehkah restoran sesuatu jenama yang menjual barang makanan tak halal diberikan status 'Halal"?
McDonald di Malaysia mungkin ambil kira sentimen rakyat beragama Islam - tetapi dengan menghidangkan burger lembu - ia tidak mengambil kira mereka yang beragama Hindu dan/atau sebilangan merekayang beragama Buddha...Jadi, mungkin halal untuk orang Islam tetapi bukan semua rakyat Malaysia?
Justeru, setiap premis McDonald, KFC dan tempat makanan saperti itu harus dikaji selidik sebelum kerajaan memberikan sijil 'Halal'...Kebanyakkan tempat makanan sedemikian adalah sebenarnya milik syarikat luar negara - misalnya McDonald adalah syarikat US.
Kerajaan UMNO-BN masih mengalakkan 'franchising' - tetapi ini bermakna, anda yang membuka restoran saperti McDonald di Malaysia kena membayar kepada McDonald - berapa banyak pula wang rakyat Malaysia yang menyalur kepada syarikat luar negara sedemikian apabila kita mengunjungi dan bebelanja di restoran tersebut?
Merdeka sudah lebih daripada 50 tahun, tetapi kerajaan UMNO-BN gagal mempromosi jenama tempat makanan tempatan - dan masih mengalakkan franchising. Restoran Ramli Burger...Ipoh Chicken Rice Shop, dll...????
Kini hanya popular McDonald, KFC, Burger King, Subway,...yang juga boleh jumpa di Universiti tempatan...ya - citarasa anak muda ke arah memakan makanan fast food ini...
Sokongan kepada restoran tempatan kurang - dan satu hari, kita akan dapati tidak ada lagi restoran citarasa tempatan perniagaan orang Malaysia 100% - ATAU kita akan alami situasi di mana makanan termurah adalah di restoran rangkaian antarabangsa sebegini...kalau tak silap, sudah pun terjadi di Hong Kong. Makanan termurah adalah di restoran 'fast food'..?
Kini kebanyakkan restoran fastfood ini juga mula menyediakan nasi berlauk dan menu lain ....untuk menarik lebih ramai pelanggan tempatan. Itu hak mereka...
Maggi Mee juga adalah makanan hasil syarikat Nestle - dari Switzerland?...Apa yang kerajaan UMNO-BN lakukan? Barangan buatan orang Malaysia bekerja dalam syarikat Malaysia? Aliran wang ke luar negara berterusan...
Isu 'kek halal" - timbulkan satu lagi isu? Kebanyakkan warung pun tidak ada sijil 'Halal' - adakah ini bererti makanan warung ini juga 'tidak halal' - Adakah kita memerlukan JAKIM atau institusi sedemikian mengeluarkan sijil 'Halal' - bukan percuma tahu - kena bayar untuk dapat sijil. Tak ada sijil - tak halal?
Di Malaysia, yang mempunyai rakyat berbilang agama - kita prihatin kepada keperluan agama orang lain - dan jika makanan yang dihidangkan untuk semua penguna, biasa kita pastikan ianya 'halal' - tak perlu sijil untuk menjadikan sesuatu itu halal atau tidak? Jika orang India datang warung, biasa penjual akan membawa notis kepada pelanggan Hindu bahawa makanan itu 'tak halal' kerana ada lembu... Ini cara Malaysia.
Ramai orang bawa makanan sendiri ke sekolah atau ke tempat kerja - halal atau tak halal tidak dipersoalkan kerana itu isu peribadi...dan makanan individu...justeru, tindakan McDonald menghalang orang membawa masuk kek (yang tak halal) adalah salah - Jika bukan Islam, dan kek tak halal, apa salahnya - kenapa McDonald nak sibuk-sibuk memantau kek...Penguna menyewa tempat di McDonald untuk adakan jamuan, itu sahaja?
Isu makanan halal atau tidak, isu yang agak remeh - penguna harus lebih memikirkan pekara lain bila memilih tempat mereka akan menjamu selera. Adakah majikan ini menghormati hak pekerja? Adakah majikan ini terlibat dalam korupsi atau kleptocracy?
Pos berkaitan:
McDonald Malaysia - pekerja mangsa penindasan - lapuran Guardian?
McDonald's Hanya Benar Kek Halal Masuk Premis
Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2016 7:11 AM
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: McDonald's
Malaysia menjelaskan bahawa hanya kek sambutan hari jadi yang mempunyai
sijil halal dibenarkan dibawa masuk ke restorannya di seluruh negara.
Menerusi kenyataan, ia berkata langkah itu "adalah selaras bagi memenuhi keperluan persijilan halal."
"Di McDonald's, aspek kualiti, keselamatan dan produk halal adalah keutamaan kami.
"Sebagai sebuah syarikat yang menawarkan produk yang disahkan halal, kita melaksanakan polisi 'tiada makanan luar' untuk memastikan bahawa semua produk yang dihidangkan dan dimakan di restoran kami adalah halal," kata McDonald's pada Khamis.
Syarikat itu berkata demikian bagi menjawab pertanyaan mengenai notis yang diletakkan di restorannya mengenai polisi kek hari jadi halal yang boleh dibawa masuk ke dalam premis.
McDonald's berkata mereka telah membuat pengecualian kepada polisi 'tiada makanan luar' dalam kes majlis hari jadi di McDonald's.
Walau bagaimanapun, pelanggan yang ingin membawa kek hari jadi mereka sendiri perlu memastikan bahawa kek tersebut disahkan halal.
"Keadaan ini adalah penting untuk memelihara integriti pensijilan halal," kata McDonald's. - MStar, 30/12/2016
Menerusi kenyataan, ia berkata langkah itu "adalah selaras bagi memenuhi keperluan persijilan halal."
"Di McDonald's, aspek kualiti, keselamatan dan produk halal adalah keutamaan kami.
"Sebagai sebuah syarikat yang menawarkan produk yang disahkan halal, kita melaksanakan polisi 'tiada makanan luar' untuk memastikan bahawa semua produk yang dihidangkan dan dimakan di restoran kami adalah halal," kata McDonald's pada Khamis.
Syarikat itu berkata demikian bagi menjawab pertanyaan mengenai notis yang diletakkan di restorannya mengenai polisi kek hari jadi halal yang boleh dibawa masuk ke dalam premis.
McDonald's berkata mereka telah membuat pengecualian kepada polisi 'tiada makanan luar' dalam kes majlis hari jadi di McDonald's.
Walau bagaimanapun, pelanggan yang ingin membawa kek hari jadi mereka sendiri perlu memastikan bahawa kek tersebut disahkan halal.
"Keadaan ini adalah penting untuk memelihara integriti pensijilan halal," kata McDonald's. - MStar, 30/12/2016
No comments:
Post a Comment