Friday, October 28, 2016

A critical look at MP Abdullah Sani's speech during Budget 2017 debate - raising worker concerns?

This post is in Bahasa Malaysia. It is time that we look and critically evaluate what our people's representatives say and do in Parliament. I have selected Abdullah Sani, simply because he is the Acting President of the Malaysian Trade Union Congress(MTUC) and he was speaking about worker issues in his 30 minute speech during the debate on Budget 2017. Our reps will improve only if the people monitor and express their opinions honestly about what they feel - especially shortfalls and how they could improve. Do monitor also other elected peoples' representatives...

Pada 25/10/2016, MP Abdullah Sani, pemangku Presiden MTUC, diberikan 30 minit bercakap, di mana ia menyatakan bahawa akan menimbulkan 11 perkara untuk 'diselitkan dalam Bajet 2017'. Kita kini akan melihat apa yang beliau cakap, sama ada jelas atau tidak, dsb...

Adakah Abdullah Sani membuat apa-apa cadangan yang jelas - untuk diselitkan dalam Bajet 2017, atau adakah beliau hanya cakap saja...

Di Parlimen, ucapan dibuat mesti relevan untuk perkara yang dibincangkan - kini Bajet 2017. Apa yang harus dinyatakan dengan jelas bagaimana harus membelanjakan wang negara, atau sama ada apa yang kerajaan cadangan untuk dibelanjakan tidak patut(atau patut), dan harus dibatalkan terus, dikurangkan dan/atau ditambahkan. 

Peluang berhujah di Parlimen harus jangan diabaikan - setengah wakil rakyat mengambil peluang bercakap tentang apa-apa saja termasuk juga tak relevan  - tidak prihatin sama ada hujahan beliau ada fakta, kandungan bernas, dan cadangan yang relevan... Hujahan - tujuan adalah untuk mempengaruhi wakil rakyat yang lain...dan juga rakyat Malaysia. Rakyat juga, termasuk pekerja, akan melihat apa yang dihujah oleh wakil rakyat mereka...

Daripada Hansard 25/10/2016, saya petik ucapan Abdullah Sani dan membuat penilaian kandungan dan keberkesanan hujahan beliau.. Komen merupakan pendapat saya sendiri...saudara diundang membuat penilaian sendiri. Kadang-kadang kita harus memberikan 'feedback' supaya wakil rakyat juga dapat bertambah baik...dan berkualiti..



Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: ...30 minit.Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: ...waktu tidak menunjukkan saat saya hendak bicara, tolong pasangkan supaya saya boleh mengatur langkah. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mulai dengan perhatian dengan kedudukan- 30 minit tidak boleh pencelahan diberikan kerana isu 11 perkara
yang penting yang harus saya rungkaikan untuk diselitkan dalam Bajet 2017 yang telah pun menunjuk dan telah pun diberikan– inilah hebat Yang Berhormat Kuala Langat, kalau bercakap orang kacau– atas langkah kerajaan ataupun Menteri Kewangan, Yang Amat Berhormat Pekan tidak menjurus kepada keselesaan dan juga untuk memastikan kerangka dasar masa depan 2017 itu diberikan perhatian khusus kepada pekerja.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: [Menyampuk]Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Daripada semua atur cara dan juga...Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Satu minit.Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: ...ucapannya itu memberikan satu isyarat bahawa tidak ada yang memberikan kebaikan atau penambahbaikan kepada pekerja yang memerlukan pembelaan dan juga fokus untuk keadaan ekonomi, apa akan berlaku 2017. Pada waktu ini Tuan Yang di-Pertua,
mengikut laporan dan juga maklumat yang saya terima daripada apa yang berlaku pada hari ini– betul tidak betul, dengar dahulu Yang Berhormat Lenggong. Ini pemangku Presiden MTUC bercakap, hormat sikit Yang Berhormat Lenggong

Komen:- Nyata beliau menyatakan bahawa beliau pemangku Presiden MTUC



Isunya, saya hendak bangkitkan Tuan Yang di-Pertua, satu isu melibatkan pekerja-pekerja yang telah dibuang, waktu ini sudah pun menjangkau puluhan ribu.Oh, dahsyat! Puluhan ribu bukan perkara mainan. Soal ekonomi tahun depan amat menjadi teka teki, apa akan berlaku pada pekerja yang hari ini resah dan gelisah dengan masa depan mereka? Sebagai contoh, PERWAJA. Kita suntik, kita bantu, kerajaan bagi apa sahaja yang diperlukan tetapi akhirnya PERWAJA telah pun memecat hampir 1,000 orang pekerja dengan berlaku biadab dan tidak adil, tidak beri gaji empat bulan, itu saya dimaklumkan oleh pekerja. Begitu juga EPF dipotong, SOCSO dipotong tetapi wang itu tidak dimasukkan dalam EPF dan SOCSO. Begitu juga dengan Tabung Haji, Bank Rakyat, pinjaman dan lain-lain Tuan Yang di-Pertua, kepunyaan siapa syarikat ini?Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]:Yang Berhormat Kuala Langat, PTPTN tidak semak kah?Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Dia orang tidak masuk, tidak ambil skim itu sebab masa itu mereka semua kaya. Jadi, Yang Berhormat Lenggong tidak boleh komen benda ini. Jadi, persoalan saya ialah ini penindasan yang luar biasa yang berlaku di PERWAJA yang dikuasai oleh syarikat bumiputera yang terlibat secara langsung, hampir 100% bumiputera. Mereka melakukan pengkhianatan dan pada masa yang sama dia boleh berniaga di luar sana, dia boleh pergi ke luar negara tanpa ada sekatan. Kalau tidak bayar PTPTN, disekat pergi luar negara tetapi kalau dia berlaku zalim, merompak duit pekerja, dibiar bermaharajalela. Kerajaan harus, wajib memastikan mereka empunya, tuan empunya syarikat ini, tidak perlu saya sebut, tidak perlu namanya saya sebut tetapi kerajaan harus bersikap tegas terhadap pengkhianat yang merosakkan masa depan pekerja ini.

KOMEN:-
Ok - isu ribuan pekerja yang telah dibuang kerja - tetapi selepas itu, beliau hanya cakap pasal kes PERWAJA... apakah cadangannya untuk Bajet 2017?
Adakah beliau cadangkan apa-apa untuk ribuan pekerja yang dibuang kerja? Tidak ada pun -
Adakah beliau cadangkan Skim Bantuan Sementara Untuk Pekerja Yang Dibuang Kerja? Tidak ada pun
Nyata beliau jelaskan ada isu pencabulan hak - isu tak bayar gaji, potong caruman EPF tapi tak bayar ke dalam akaun pekerja di EPF - OK, pencabulan hak - ada undang-undang dan cara menuntut dalam undang-undang kini...Jadi apakah yang beliau mahu? Atau hanya mahu maklumkan isu kepada Parlimen ...adakah Abdullah Sani pernah dilu kenyataan media mengenai pekerja PERWAJA? 
Ini masa bincang Bajet... 
Adakah beliau mencadangkan bahawa kerajaan jimat duit dan berhenti suntik bantuan kepada syarikat di masa depan? Itu tidak diminta - dan mungkin satu cadangan bagus...
Adakah beliau mencadangkan supaya kerajaan menyenerai hitam syarikat majikan yang tidak menghormati hak pekerja? - Tidak juga cadangan khusus dibuat...


Keduanya saya juga ingin menyinggung Megasteel ini, kalau dilihat daripada penutupan syarikat ini yang sebelum ini diberikan banyak subsidi bajet, Tuan Yang diPertua. Tan Sri juga tutup Megasteel, buka Amsteel, kemudian tidak bayar duit pampasan. Tidak bayar duit pampasan. Selalu pergi ke negara China untuk berniaga tidak diberi sekatan. Kalau budak-budak yang tidak bayar PTPTN, hendak beli kereta pun tidak boleh. Ini korporat keparat ini boleh bermaharajalela sewenang-wenangnya.Ini apa punya undang-undang sistem yang kita ada? Yang kaya dibiarkan bermaharajalela, yang miskin ditindas sebangsat-bangsatnya. [Tepuk]
Saya mahu kerajaan yang berkenaan, Kementerian MITI, Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri wajib dan harus menjalankan tugas mereka demi untuk rakyat marhaen yang diseksa hidup mereka.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Minum air dulu, minum air dulu.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Begitu juga dengan syarikat yang dibuka— selain itu,..

Komen:-
- Isu Megasteel pula ditimbulkan - tak bayar pampasan > isu hak pekerja ada cara menuntut... 
- tapi nampaknya, Abdullah Sani mahu kerajaan menghalang seorang Tan Sri yang tidak dinamakan (tak faham kenapa Abdullah Sani tidak saja namakan sebab ini Parlimen dan apa yang dikatakan tidak boleh siapa-siapa menyaman beliau...tindakan tak menyatakan nama juga memberikan gambaran beliau tak 'confident' sama ada Tan Sri ini harus dipersalahkan atau tidak)
- Adakah beliau cadangkan Tan Sri...ini juga dihalang keluar negara...tetapi ini tidak lojik kerana majikan pekerja adalah syarikat ...bukan CEO..bukan pemegang saham..bukan Pengarah...Syarikat yang ada obligasi bayar pampasan. 
- Adakah Abdullah Sani membuat cadangan supaya pengarah dan pemegang saham juga menjadi 'personally liable" - cadangan baik, mungkin juga boleh minta kerajaan membuat undang-undang bahawa pengarah atau pemegang saham tersebar juga menjadi penjamin untuk keberhutangan syarikat - ini biasa dilakukan oleh bank bila beri pinjaman, di mana satu syarat adalah 2-3 pengarah secara peribadi jadi penjamin. Justeru, undang-undang boleh digubal dengan memerlukan 2-3 pengarah atau pemegang saham menjadi 'penjamin' - bermakna, jika syarikat akhirnya kata mereka 'bangkrap' tak ada duit bayar pampasan, hutang kepada pekerja atau gantirugi - pekerja boleh mengejar pengarah berkenaan untuk mendapatkan duit hak mereka....TETAPI Abdullah Sani tidak membuat cadangan ini kepada kerajaan....








...selain itu, Tuan Yang di-Pertua, Parkson. Itu anak syarikat Megasteel. Amsteel masih lagi mengeluarkan steel tetapi dalam masa yang sama tidak mahu membayar duit pampasan. Alasannya kerana apa? Pegawai tidak berhak untuk mendapatkan Rentikerja Sentara di bawah seksyen 30 kerana ikut Akta Kerja di bawah
gajian RM2,000 itu layak. Bengap punya otak. Ikut
award Mahkamah Perusahaan, jelas mengatakan bahawa pekerja-pekerja itu adalah mandatori. Ini apa punya pengurusan?...

Komen:-
- kemudian dia menimbulkan isu Parkson - beliau nampaknya mencadangkan bahawa 'termination benefit', saya percaya yang dimaksudkan pembayaran ganti notis berhenti kerja...atau adakah beliau bercakap tentang 'lay-off benefit atau retrenchment benefit' - saya tak pasti. Dia mahu semua pekerja termasuk CEO yang bergaji beratusan ribu ringgit diberikan hak ini? Adakah ini apa yang beliau mahu? Hak ini biasa dalam kontrak pekerjaan (atau CBA) - Akta Kerja menetapkan hak MINIMA memberikan lindungan hak kepada pekerja bergaji rendah...secara wajar, mungkin kini skop boleh ditambahkan untuk merangkumi pekerja berpendapatan RM4,000 atau RM5,000 ke bawah...




Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]:Yang Berhormat Kuala Langat, duduk sekejap ya. Yang Berhormat Rantau Panjanghendak mencelah.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Saya ada 30 minit.Sekejap ya. Dah habis nanti saya bagi tahu. [Disampuk] Bolehlah. Yang Berhormat Rantau Panjang...
DR.25.10.2016 44
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Kenapa Yang Berhormat Kuala Langat takut?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]:Sila Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat iaitu yang berkaitan dengan syarikat-syarikat besar yang mendapat pampasan dan sebagainya. Kalau kita merujuk kepada Laporan Audit 2015, didapati bagaimana Syarikat Perwaja Terengganu mempunyai hutang RM793.81 juta yang mana kerajaan, Kementerian Kewangan telah memutuskan untuk menyediakan peruntukan hapus kira berjumlah RM100 juta setiap tahun sehingga dijangka selesai tahun 2027. Itu baru
satu. Banyak lagi yang didedahkan dalam laporan audit bagaimana hapus kira oleh syarikat-syarikat gergasi sedangkan anak kita yang belajar yang dapat pinjaman PTPTN, mereka disekat keluar negara, mereka disekat untuk membuat pinjaman semata-mata kerana tunggakan baki hutang dan tidak ada peluang lagi untuk mendapat tempat dalam pasaran pekerjaan. Apa komen Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Bayan Baru juga bangun.
Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kuala Langat, sedikit sahaja. Saya hendak tanya, berapa agaknya anggaran daripada kerajaan atau MTUC bahawa pekerja dibuang kerja? Sebenarnya berapa? Kita tidak tahu. Ini kerana kita dengar 200,000 pelajar yang graduated tidak dapat kerja. Selepas itu, kilang-kilang besar mula retrench dan juga SME pun, kerana tertekan dengan GST dan sebagainya, mereka mula melepaskan pekerja-pekerja secara senyap-senyap dan mesti saya rasa kerajaan ada statistik. Minta Yang Berhormat Kuala Langat komen. Terima kasih.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Ini habislah, tidak boleh celah lagilah. Yang Berhormat Rantau Panjang, saya setuju yang mereka dihapuskan hutang, yang pekerja ini ditindas. Yang kaya itu diberikan bantuan, yang pekerja bawah ini tidak diambil peduli. Saya bersetuju dan masukkan sebahagian daripada ucapan saya daripada Yang Berhormat Rantau Panjang.
Begitu juga dengan Yang Berhormat Bayan Baru, memang waktu ini hampir 70,000 yang dibuang kerja tetapi yang tidak kita ketahui, berapa ribu lagi. Jadi ini adalah kesan yang memberikan kita satu pertanyaan, di mana integriti kerajaan untuk membela nasib pekerja ini? Saya mohon kerajaan kena menjawab daripada hati naluri suci murni mereka, bukan daripada kertas yang diberikan oleh pegawai. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Loke Siew Fook [Seremban]: [Bangun]
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Yang Berhormat Seremban, saya ada sebelas minit. Okey, okey.
Tuan Loke Siew Fook [Seremban]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Seremban pun kalah.
Tuan Loke Siew Fook [Seremban]: Yang pertamanya kita kena mengucapkan tahniah kepada Datuk Kuala Langat sebab telah diberikan anugerah Datuk oleh Yang di-Pertua negeri Pulau Pinang. Datuk Abdullah Sani. [Tepuk]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Patutlah lain macam cakapnya.
Tuan Loke Siew Fook [Seremban]: Sebagai menghargai sumbangan beliau kepada golongan pekerja. Jadi ini saya rasa memang patut diberikan gelaran Datuk.Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Kuala Langat, apakah tidak kerajaan— saya tahu Yang Berhormat Kuala Langat telah bertahun-tahun memperjuangkan tabung pemberhentian pekerja untuk pekerja-pekerja yang dibuang kerja, tetapi nampaknya belum ada lagi keinginan politik, political will daripada pihak Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan tabung pemberhentian pekerja. Apakah pandangan Yang Berhormat Kuala Langat?
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Terima kasih, Yang Berhormat Seremban. Saya akan menghuraikan dalam perkara yang akan saya masukkan dalam perkara tujuh khusus untuk jawapan kepada Yang Berhormat Seremban. Berbalik kepada isu yang saya hendak bangkitkan. Begitu juga dengan Solartech di Penang. Dia bagi kerja hari ini. Masuk setahun, dia buang semua.Kemudian seksyen 20 untuk reinstate 110 orang masuk kes dan malangnya, seksyen 30 Akta Perusahaan 1967, 24 bulan. Ini undang-undang kunta kinte. Mereka dibuang dan dalam masa yang sama digari, diikat kaki mereka dan tidak boleh bergerak untuk mempertahankan hak mereka. Maka demikian, Kementerian Sumber Manusia kaji semula seksyen 30 ini untuk memberikan lebar luaskan hak pekerja-pekerja ini untuk mereka bernafas.

Komen:-
- Puan Hajah Siti Zailah mencelah dan memberikan fakta ..statistik, di mana ini bantu Abdullah Sani - dia menyatakan dengan jelas tentang isu Perwaja - Alangkah baik, Abdullah Sani yang mengemukakan fakta ini - fakta/statistik membantu menyokong hujahan - kalau tidak nampak macam cakap kedai kopi...Beliau perlu buat kajian lebih...
- Sim Tze Tzin juga cuba membantu - bertanya bilangan pekerja yang telah dibuang kerja? Tapi nampaknya Abdullah Sani sendiri tidak tahu secara pasti - beliau kata 70,000...pasti maklumat terkini pemangku Presiden MTUC boleh mendapat dari pihak berkenaan. MP pun boleh tanya statistik terkini melalui soalan Parlimen - boleh dapat tahu dari sektor apa, di negeri apa, dll..
- Loke Siew Fook juga membantu - menimbulkan isu tabung pemberhentian pekerja untuk pekerja-pekerja yang dibuang kerja - ini ckup relevan kerana ini isu kewangan - kerajaan boleh diminta mengagihkan RM1billion untuk tabung ini...tabung ini adalah untuk membantu pekerja yang hilang punca pendapatan dan masih mencari kerja. Di Thailand, bantuan diberikan untuk tempoh maksima 6 bulan - di mana apa yang diberikan adalah separuh gaji(kalau tak salah) - Saperti mangsa banjir, pekerja yang dibuang kerja juga memerlukan wang sekarang untuk menyara hidup mereka... Soalan ini ada kait langsung dengan Bajet 2016 - tapi Abdullah Sani kata dia akan timbulkan kemudian...sabar...
- Beliau timbul isu Solartech...yang diminta 'kaji semula' - kenapa tak mengatakan jelas untuk keluarkan Jadual berkenaan balik kepada keadaan saperti dulu..supaya pekerja kembali berhak mendapat gaji sepatut dapat dari tarikh pembuangan kerja sehingga tarikh keputusan Mahkamah...tanpa apa-apa potongan..
- Apakah kaitan kebanyakkan yang beliau bercakap dengan Bajet 2017? Di sini mesti dicadangkan bagaimana kerajaan patut berbelanja untuk pekerja ...Ini bukan masanya timbulkan isu ini - secara tambahan, mereka yang tahu isu hak pekerja mungkin faham - tetapi adakah MP lain dan orang ramai boleh faham?
- 30 Minit diberikan - kini tinggal 11 minit...


Kedua— baru masuk kedua, Tuan Yang di-Pertua— penjawat awam. Ketika saya berhujah dalam perdebatan dahulu, pekerja kontrak tidak ada waktu, hari ini ada waktu. 15 tahun ke atas mereka dikerjatetapkan. Hari ini saya hendak merayu kepada Jabatan Perdana Menteri untuk sedikit prihatin. Bagaimana mereka yang bekerja empat, lima, 10 tahun, 12 tahun bekerja kontrak dengan kementerian-kementerian dalam kerajaan?
Maka saya ingin cadangkan mereka yang bekerja tiga tahun ke atas ditetapkan supaya mereka layak mendapat pencen, mereka layak mendapat imbuhan-imbuhan faedah bersekali dengan mereka yang berada di samping keliling mereka. Itu penting, Tuan Yang di-Pertua, kerana tidak ada diskriminasi dan kecil hati. Ini kerja 10 tahun, 12 tahun masih kontrak. Jadi saya harap Jabatan Perdana Menteri supaya prihatin,kaji semula.

Komen
- Ini isu yang relevan dengan Bajet 2017 - cadangkan menjadi semua penjawat awam yang kerja kontrak dijadikan pekerja tetap(regular) selepas 3 tahun. Bagus.
- Tetapi, kenapa masih merestui pengunaan kontrak pekerjaan jngka pendek - sepatutnya minta terus semua penjawat awam diberikan kerja tetap?

 Begitu juga dengan pekerja OKU yang bekerja lima tahun, lapan tahun. Saya  minta kementerian supaya OKU ini diberikan mereka peluang untuk digaji tetapkan.Dalam bajet ini banyak disentuh faedah-faedah OKU tetapi tidak disentuh untuk pekerjaan mereka khusus di kementerian-kementerian dalam kerajaan. Maka, saya cadangkan mereka ini wajib ditetapkan pekerjaan mereka supaya mereka juga tidak terlepas, tidak terpinggir daripada faedah-faedah yang sepatutnya mereka dapat.

Komen
- Ini isu relevan 
- direkodkan macam Abdullah Sani minta mereka diberikan gaji tetap - mungkin silap kata, saya percaya apa yang diminta adalah kerja tetap..

 Seterusnya, termasuk saya ulangi kepada Menteri Dalam Negeri iaitu anggota penjara, bomba, gaji mereka jauh dibandingkan dengan penguasa-penguasa yang lain sedangkan tugas mereka amat berat dan mencabar berdepan dengan pelbagai risiko tetapi gaji mereka amat mendukacitakan. Menteri Dalam Negeri, tolong lihat dan juga prihatin terhadap mereka juga.

Komen
- Ini juga isu relevan - saya percaya apa yang Abdullah Sani mahu adalah untuk gaji mereka dinaikkan sama dengan taraf gaji penguatkuasa lain..kerana kini 'gaji mereka lebih rendah' Betulkah ini? Contoh gaji mereka yang lebih rendah boleh buktikan ini kerana penjawat awam ada skil gaji yang biasanya sama...


Begitu juga dengan cuti bersalin. Tuan Yang di-Pertua, dalam private sector di bawah seksyen 34 Akta Kerja 1955 memberikan hanya lima anak untuk percutian berfaedah. Jadi saya hendak cadangkan hari ini supaya cuti untuk penjawat awam dan wanita swasta ini dinaikkan daripada 300 ke 450. Sekurang-kurangnya Tuan Yang diPertua, kita ada jiwa kasih sayang untuk kita berikan kepada isteri ataupun ibu. Ini penting dan ini telah pun berlalu puluhan tahun.

Di luar sana, di luar negara, 90 hari sudah menjadi perkara biasa tetapi kita masih terlekat dengan undang-undang lapuk yang tidak memberi ruang untuk ibu-ibu bersalin dengan lebih selesa dan bermanfaat kepada anak-anak. Kita sebagai seorang suami harus bersikap prihatin dan berjiwa besar. Ibu-ibu yang melahirkan anak memerlukan perhatian bayi itu. Apakah tidak zalim kita menyekat waktu itu hanya menumpukan kepada waktu-waktu tertentu untuk diberikan setelah anak itu dilahirkan kasih sayang sepenuh-penuhnya, Tuan Yang di-Pertua?


Saya mencadangkan supaya penjawat awam, 300 dinaikkan kepada 450 demi memartabatkan wanita dan memastikan mereka menjaga sepenuhnya anak bayi itu.


Begitu juga private sector seksyen 34, seksyen 35, seksyen 36, seksyen 37 Akta Kerja itu wajib dipinda demi untuk menjaga kepentingan wanita, ibu yang akan berdepan dengan tanggungjawab yang luar biasa. Tidak mampu lelaki untuk menanggungnya sebab kita bukan melahirkan bayi itu.

Komen:-
- Isu relevan untuk penjawat awam dalam perbincangan Bajet - kerana duit kerajaan dibelanjakan?
- Yang mengelirukan adalah apa yang beliau minta sebenarnya - cuti bersalin 60 hari ditambahkan kepada 90 hari...[Atau hak cuti bersalin dilanjutkan kepada anak ke-6 dan seterusnya...]
- Bagi pekerja swasta - Abdullah Sani mungkin boleh cadangkan bahawa kerajaan memberikan bantuan RM500 sebulan untuk 3-4 bulan kepada pekerja perempuan swasta atau pekerja perempuan kerja sendiri, yang bergaji/berpendapatan  RM4,000 atau kurang  yang bersalin semasa tempuh cuti bersalin. Majikan swasta biasa membayar gaji basic - tetapi pendapatan pekerja biasanya adalah tambahan saperti kerja lebih masa, shift elaun, dll...justeru pekerja perempuan swasta perlu dibantu. 

 


Tuan Yang di-Pertua. Ketiga, isu MAS saya masih lagi–– saya tidak puas hati dengan apa yang berlaku dan transformasi MAS kerana waktu ini bukan hendak memberikan penambahbaikan tetapi sekarang ini apa yang dimaklumkan jual kapal terbang, lepas itu, tutup penerbangan ke luar negara kecuali UK. Lepas itu, yang malangnya Tuan Yang di-Pertua, pengurusan, ambil daripada luar negara. Bagi gaji mahal dan terkini diberitakan hendak buang lagi orang bekerja. Ini menjadi persoalan.Kita hendak menambah baik atau menjahanamkan GLC ini? Tidak memboleh dan memungkinkan MAS ini dapat diselamatkan dalam konteks waktu ini.Saya ingin mencadangkan supaya peluang pengurusan ini tidak boleh dikompromikan–– anak tempatan cukup banyak. Yang Berhormat Lenggong boleh jadi CEO MAS. Yang Berhormat Lenggong boleh jadi pengerusi ataupun Yang Berhormat Setiawangsa yang berwibawa untuk menjadi pengerusi MAS. Mengapa harus diambil orang luar negara yang tidak tahu budaya kita. Kita bagi gaji mahal, juta-juta itu buat apa? Ini harus dipandang serius oleh Menteri Pengangkutan–– Timbalan pun tidak ada sudah. Bila saya hendak bercakap semua tidak ada.

Komen:-
- Apa yang dicadangkan tak pasti - beliau mahukan warganegara Malaysia harus diberikan jawatan pengurusan dan CEO?
- Kenapa tak juga cadangkan bahawa CEO dan Pengurusan MAS dan GLC lain tidak dibayar gaji terlampau tinggi - gaji tidak harus lebih gaji Perdana Menteri atau MP? 
- Masa dekat nak siap tapi masih buang masa dengan komen tak relevan ...mengenai Lenggong dan Setiawangsa?


Lepas itu, ke empat teksi. Teksi saya tahu pengumuman dibuat untuk diberikan – 13 minit. Cepatnya masa ini. Tumpuan untuk membantu. Ya, betul. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan kementerian berkenaan hampir 20,000 orang lebih teksi-teksi telah pun dikenal pasti memulangkan kembali teksi mereka kerana tidak mampu. Tidak mampu disebabkan persaingan daripada Uber dan sebagainya.

Betul, saya akui. Dalam keadaan sekarang teknologi tinggi mahukan segala peralatan moden. Ajarlah teksi itu. Bukan hendak cari penyelesaian. Bukan hendak menambah beban hinggakan memudaratkan pemandu-pemandu teksi. Janganlah kita hendak seksakan kumpulan yang besar yang 70,000 orang ini lebih. Daripada masa yang sama kita hendak meningkatkan produktiviti. Betul. Duduk dan berikan kesaksamaan, yang 12,000 untuk peruntukan 5,000 itu tidak cukup. Buat macam mana dengan 8,000 yang lain? Mereka sudah pulangkan balik. Yang Berhormat Menteri kata yang diberitahu pada Dewan ini sebab mereka tahu mereka pulangkan.Pulangkan apa? Pulangkan disebabkan mereka sengsara. Tidak mampu.


Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Jaga Yang Berhormat Batu Gajah itu.Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Ini memberikan isyarat bahawa supaya kerajaan berfikir secara konsisten hak pemandu teksi ini. SOCSO ini Tuan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan empat tahun yang lalu. Kalau hendak buat cepat. Ini kerana melibatkan keselamatan, kesihatan dan juga perilaku
fizikal pemandu teksi itu. Saya menyokong penuh untuk SOCSO itu disegerakan dan jangan berlengah waktu. Tidak perlu tunggu tahun 2017. Sekarang boleh buat.
 
Komen :-
- Berapa pemandu teksi? 70,000 atau 20,000 - cuba baca dan buat kesimpulan. Adakah Abdullah Sani mengambil kira pemandu teksi seluruh negara?
- lebih kurang 20,000 orang pulangkan teksi - kenapa pulangkan teksi? Teksi milik syarikat? Mungkin masalah kini adalah kerana permit diberikan kepada syarikat - bukan kepada pemandu teksi sendiri. Beban pemandu teksi adalah perlu bayar untuk sewa, beri kebanyakkan pendapat kepada syarikat milik permit, untuk radio, dll ...tapi nampaknya Abdullah Sani mahu haramkan Uber? Ramai orang jalankan kegiatan 'teksi 'illegal' atau kereta sapu untuk menampung kehidupan mereka - tidakkah YB Abdullah Sani tidak tahu ini? 
- Cadangan baik adalah untuk berikan permit terus kepada pemandu
- Cadangan SOCSO tak jelas langsung. Saya fikir maksud beliau untuk membenarkan pekerja kerja sendiri dimasukkan dalam skim SOCSO



Seterusnya, saya ingin memaklumkan nombor lima, Mahkamah Perusahaan.Dahulu, di Jalan Raja, sekarang ditukar ke Tun Abdul Razak. Tun Abdul Razak satu kes Tuan Yang di-Pertua melibatkan 1,500 setahun. Orang hendak pergi ke Jalan Tun Abdul Razak itu seksa. Hanya teksi yang masuk, pengangkutan lain tidak ada. Kita cadangkan di Bank Rakyat di Brickfields mudahkan semua orang yang sederhana dan miskin menuntut hak mereka. Saya cadangkan Kementerian Sumber Manusia tolonglah prihatin walaupun kos itu tinggi untuk penyewaan tetapi dalam masa yang sama kita membantu rakyat yang memerlukan pembelaan.
Saya minta Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia, saya merayu tolonglah sedikit ada sifat keprihatinan untuk Mahkamah Perusahaan itu ditukar balik di Jalan Brickfields. Semoga mendapat kemudahan yang sesuai dengan privilege pekerjapekerja yang hendak pergi ke mahkamah.

Komen
Isu pemindahan lokasi Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur - pindahkan ke lokasi asal dekat stesyen bas, LRT..
Tapi kenapa tak cadangkan adakan lebih banyak Mahkamah Perusahaan di bandar di seluruh negara yang lebih dekat dengan pekerja...
Tapi kenapa tak cadangkan bahawa 'bayaran pergi balik Mahkamah Perusahaan dan/atau Mahkamah Buruh' ditanggung kerajaan. Bayar elaun perjalanan kepada pekerja yang berjuang menuntut hak, dan saksi pekerja yang lain.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, yang keenam.Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Begitu juga nombor enam, pekerja asing. Saya hendak beritahu pekerja asing 6P ini banyak sangat berita.Dua hari sudah kata imigresen kena tangkap 18 juta dalam Utusan Mingguan Malaysia, saya pun pening. Jadi hari ini saya hendak bangkit balik apabila saya
mendapat maklumat tadi saya mesyuarat dengan CIDB dalam beberapa cadangan dibuat pekerja-pekerja yang berkemahiran,
skilled workers. Saya juga hendak pastikan bahawa pemantauan dalam masa yang sama harus diberikan untuk memastikan bahawa jawatan 26 ini jawatan wiring, chargeman dan berbagai-bagai, ini harus dan wajib tidak dianiayai pekerja tempatan. 

Dalam masa yang sama pekerja asing juga ingin saya hendak beritahu Dewan yang mulia ini supaya memastikan bahawa tidak berlaku perhambaan secara moden dan pastikan agensi yang berintegriti sahaja yang layak untuk mengambil pekerjapekerja asing ini dan pastikan pekerja asing ini tidak dijadikan hamba dan didagangkan untuk kepentingan kumpulan-kumpulan tertentu. Ini tidak boleh berlaku.

Sesungguhnya pekerja asing ini harus dibuat pemantauan dengan secara serius supaya tidak berlaku lambakan yang luar biasa dan menjadikan negara satu negara yang menjadi transit kepada pekerja asing. Tidak boleh kita mencalit atau memberikan kesan buruk kepada negara ini semata-mata menyahut untung hasil daripada puakpuak yang tidak bertanggungjawab ini.

Komen
- Isu pekerja asing - tapi apakah isu yang berkaitan dengan Bajet?
- Nampaknya Abdullah Sani menyokong 'recruitment agency' dan 'contractor for labour system' atau 'outsoursing'. Bukankah ini bercanggah dengan pendirian MTUC sendiri  yang mahukan pekerja asing ada satu majikan sahaja - iaitu majikan ditempat kerja sebenar?
- Isu lain yang boleh ditimbulkan adalah bahawa semua urusan permohonan, levi dan sebagainya diuruskan oleh kerajaan sendiri - dan tidak lagi di 'outsource kepada pihak ketiga'.
- Abdullah Sani kena lebih belajar isu pekerja asing 
- Mengambil tempat pekerja tempatan - ya, memang...kini majikan tidak lagi perlu memberikan latihan skil pekerja tempatan - kerana senang-senang boleh ambil pekerja asing berskil - cadangan quota pun boleh dibuat... 
 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya,yang ketujuh. Tabung.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Nombor tujuh.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]:Tabung, tabung.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Ya, sempat, sikit lagi.CIP skim insurans pekerja. Itu yang saya bacakan tadi Yang Berhormat Seremban.Saya sudah dalam proses kita hendak menjangkau satu rumusan yang terbaik. Akan tetapi ini saya ambil peluang ini saya hendak tegaskan bahawa insurans pekerja ini retrenchment fund ini saya hendak minta kerajaan pun contribute. Kita pekerja RM2.50, majikan RM2.50, kerajaan juga saya cadangkan supaya beri contribution per employee RM2.50. Kita boleh segera selesaikan masalah setahun untuk mendapat faedah mereka yang teraniayai yang dibuang kerja tatkala mereka sengsara skim ini boleh membantu seperti mana berlaku di luar negara di Thailand, di Singapore, di UK yang memberikan tabungan ini untuk meneruskan, menyambung kehidupan mereka dalam keadaan mereka tidak bekerja.
Komen
- Cadangan sumbangan kerajaan ini bagus..
- Adakah apa yang Malaysia nak buat adalah skim untuk membantu pekerja dari tarikh hilang kerja hingga mendapat kerja baru, atau skim untuk membayar kerberhutangan syarikat majikan kepada pekerja - sebuah compensation fund? 
 - tabung pemberhentian pekerja untuk pekerja-pekerja yang dibuang kerja atau hilang pekerjaan - adalah skim untuk memastikan pekerja sehingga dapat cari kerja baru ada sedikit pendapatan bulanan. (Ini adalah skim yang ada di Thailand). Ia tidak ada membayar kepada pekerja gaji tertunggak atau apa-apa hutang majikan kepada pekerja - itu lain, dan itu melalui proses tuntutan biasa.
- Untuk skim ini, ianya mesti dikendalikan seratus peratus oleh Kerajaan - SOCSO atau Kementerian Kebajikan. Kalau diberikan kepada syarikat insuran pihak swasta, risiko amat tinggi - kerana proses pembayaran akan ambil masa yang lama...atau apa jadi jika syarikat insuran jadi bangkrap? 
- Skim untuk Memampas kepada pekerja apa yang majikan terpaksa bayar pekerja tapi gagal, atau tak mampu lagi adalah skim lain - Untuk itu, hanya majikan yang wajar membuat sumbangan - kenapa pekerja perlu bayar - kerana ini adalah untuk membayar pekerja apa yang majikan terpaksa bayar..

Nombor lapan, gaji minimum. Kita memohon supaya COLA dipertimbangkan.Tahun 1974 Almarhum Tun Abdul Razak telah pun memberikan desakan kepada seluruh syarikat-syarikat untuk bayar COLA.Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat KualaLangat.Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Hari ini COLA–walaupun kementerian kata COLA itu kepunyaan majikan. Betul.
 Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Kuala Langat.Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Betul. Akan tetapi kerajaan juga kena memastikan tanpa ada arahan, tanpa ada desakan tidak memungkinkan syarikat-syarikat ini berlaku keprihatinan terhadap pekerja. Ini juga saya mohon untuk memastikan– aku ada tujuh minitlah Yang Berhormat Lenggong. Tujuh minit sahaja lagi. Gaji minimum untuk memastikan COLA itu dimasukkan.
DR.25.10.2016 50Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Setengah minit,setengah minit. Setengah minit sahaja.Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Dengan demikian,saya cadangkan supaya COLA dan gaji minimum itu dirangkumkan sekali...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Kuala Langat, setengah minit sahaja.Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Dirangkumkan sekali untuk diletakkan sebagai pendapatan gaji minimum diangkat kepada RM1,500.
Sekurang-kurangnya kos sara hidup itu dapat diseimbangkan.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Kuala Langat. 15 saat. 15 saat

Komen:-
- Bagus cadangan ambil kira COLA dalam penetapan Gaji Minima 
- Mungkin bagus kenaikkan kos sara diri dikaji dan dimaklumkan kerajaan setiap 6 bulan, dan Gaji Minima di 'adjust' 6 bulan berasaskan kenaikkan kos sara diri dan 'inflasi'?
-  Adakah Gaji Minima terpakai untuk semua jenis majikan - mungkin lebih wajar ada Gaji Minima untuk majikan yang ada lebih sepuluh pekerja, dan satu Gaji Minima yang lain untuk majikan lain, berasaskan lokasi.. Kenaikkan gaji minima kini ditentang khususnya majikan perniagaan kecil - saperti kedai makan kecil, kantin, warung, kedai runcit, kedai di pekan-pekan kecil di mana keuntungan perniagaan tidak berapa dan tidak tentu..Ini adalah kategori majikan terbesar...dan Majikan syarikat besar untung dengan hakikat ini...Majikan syarikat besar banyak untung dan boleh membayar gaji minima lebih tinggi... 
- Kini nak buka kedai makan atau kedai runcit baru - kos pun sudah tinggi - jika gaji minima tinggi, mana mapu kerana perniagaan kecil biasanya ada banyak risiko...justeru, adakah Gaji Minima dipaksa majikan kecil sedemikian.
- Ini harus difikirkan?


Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Kuala Langat. 15 saat. 15 saat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Begitu juga dengan EPF, sekarang ini dikurangkan 11% ke 8%. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Lenggong untuk pengetahuan sekarang ini 8%. Saya, kita minta EPF diberikan kembalikan 11%...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: 15 saat bagilah. Sedikit sahaja. Tidak sampai satu ayat ni.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Majikan 12% dan rangkuman itu juga saya juga menerima cadangan daripada teman-teman wakil rakyat yang lain.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Kuala Langat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Dia kata apa salahnya...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Bagilah Yang Berhormat Kuala Langat. Kawan apa ini.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: ...yang elaun–– fixed allowance itu diberikan... Yang Berhormat Lenggong sudah. Kejap-kejap habiskan masa kejap lepas itu aku bagi.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Lima saat lagi. Cepat. Hendak habis itu. Enam minit sudah.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: ...yang fixed allowance itu dimasukkan kepada potongan EPF dan cadangan ini baik.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Cepatlah Yang Berhormat Kuala Langat
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Saya kira cadangan ini perlu diberi kaji mudah kajian....
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Cepat, cepat. Sikit sahaja.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Untuk memastikan fixed allowance itu diletakkan supaya percentage dalam amaun itu tinggi untuk mereka berhadapan dengan masa persaraan mereka.

Komen:-
Pasal EPF - tidakkah fixed allowance atau flexible allowance sudah pun termasuk dalam potongan EPF? Mungin MP perlu baca balik undang-undang EPF?

Tuan Teo Kok Seong [Rasah]: [Bangun]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Kuala Langat. Sikit-sikit.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Seterusnya SOCSO.Saya diberikan maklum bahawa SOCSO telah pun memberikan pinjaman kepada 1MDB sebanyak USD800 juta dan saya hendak menjelaskan kepada kementerian supaya apakah benar....
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Allah takut Yang Berhormat Kuala Langat ni. Yang Berhormat Kuala Langat masa-lah sikit.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Apakah benar USD800 juta itu diberikan pinjaman dan sudah dibayar atau kedudukannya.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: 13 saat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Kalau benar mintakan penjelasan.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Kuala Langat. Kawan ini lima saat. Lima saat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Ini tabungan orang sakit. Ada lagi –I’ll give you. Last, aku bagi. Aku bagi.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Okey. Okey.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Sekejap-sekejap. Aku habiskan SOCSO dahulu.
Selepas itu kita hendak pastikan Tuan Yang di-Pertua bahawa pinjaman ini tidak boleh dikompromikan. Ini untuk tabungan orang sakit. Jangan orang tidak sakit ambil, ini untuk orang sakit.
 

Komen

Kedudukan TPPA. Apabila menyebut tentang TPPA Tuan Yang di-Pertua, ia
tidak boleh meminggirkan Konvensyen 87 dan juga Konvensyen 98 yang memberikan penekanan terhadap kebebasan untuk berkesatuan dan Konvensyen 98 untuk
organize, untuk memastikan perjanjian bersama diusahakan.DR.25.10.2016 52Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: ...sekali.Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Maka demikian saya
ingin menyarankan supaya TPPA apabila diperkenalkan tahun 2018 memastikan hak
pekerja itu tidak boleh dicicirkan. Jangan ada tatkala itu pekerja akan menjadi
pesiangan ikan kepada mereka yang akan mengaut untung. Sebelum saya beri
kepada Yang Berhormat Lenggong, saya ada satu minit lagi Yang Berhormat
Lenggong, satu minit. Jangan risau saya bagi.
Beberapa Ahli: Duduklah, duduklah.

Komen:- 
- Perjuangan untuk hak pekerja atau untuk Malaysia menandatangani Konvensyen ILO adalah perlu - dan ia tidak patut dikaitkan dengan TPPA. Nampaknya kini Abdullah Sani sudah tidak lagi bantah TPPA? Dia seolah-olah sudah 'give up' menentang TPPA? 

Beberapa Ahli: Duduklah, duduklah.Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: KPM. Ini untuk guru guru. Kita minta cadangan supaya line internet yang pantas seperti bank dan guru P&P...Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya,Yang Berhormat Lenggong, jangan membelakangkan Tuan Yang di-Pertua.Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: ...tidak dapat ditumpukan kerja guru memastikan bahawa ianya dapat diselaraskan untuk memantapkan dan memantaskan kerja guru-guru. Di samping itu, saya ingin mengulangi sekali lagi kepada Kementerian Kewangan supaya melihat, melihat elaun keraian guru-guru kanan dan guru besar. Murah sangat RM60, RM90 berpuluh-puluh tahun. Keadaan kewangan sekarang, mata wang kita sudah meningkat jauh daripada puluhan tahun yang jika dibandingkan ketika dibuatkan implementasi itu. Saya mohon kementerian naikkan elaun mereka ini. Berilah sedikit keselesaan kepada mereka yang tekun mengajar anak-anak murid. Yang Berhormat Lenggong saya persilakan Yang Berhormat Kapar menjawab dulu.

Komen:- 
- Isu guru dan internet pantas - relevan
- Isu menaikkan elaun keraian guru kanan dan guru besar - OK

 
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Hari ini semangat bercakap. Akan tetapi kenapa hari Jumaat hari itu apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berucap keluar? Macam menolak. Hari ini cakap minta macam-macam. Terima kasih banyak.Beberapa Ahli: [Bangun]Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Bagi saya, bagi saya. Bagi saya jawab. [Dewan riuh]Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Tidak apa, tidak apa.
Tumpuannya apabila menjawab soalan, inilah masalah Barisan Nasional. Apabila saya beri peluang cakap, terus larikan diri. Kita bercakap tentang fakta Tuan Yang di-Pertua.Maka saya hendak jawab. Saya kata kalau bajet itu hasilnya apa? Kalau itu sebagai retorik yang tidak mendatangkan penghasilan kepada rakyat, mengapa harus kita mendongak, mendengar tanpa kita meluahkan sesuatu daripada rintihan bajet itu? Ini
adalah kegelisahan rakyat di bawah, kita rasai dan kita akui. Ini tekanan dikenakan, bajet pendidikan ditarik, bajet kos sara hidup meningkat, GST tidak dikurangkan.Tuan Teo Kok Seong [Rasah]: Yang Berhormat Kuala Langat.Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Ini adalah keluhankeluhan yang mewarnai, yang memberikan kita satu impak besar untuk kita bertindak atas protes itu. Ya, Yang Berhormat Kapar silakan.Tuan Teo Kok Seong [Rasah]: Okey, Yang Berhormat Kapar.Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Terima kasih Tuan Yang diPertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Selalunya apabila ada pembentangan belanjawan, keesokan hari ini surat khabar memang laku sebab rakyat hendak tahu apa yang sedang berlaku dan sebagainya. Hendak baca secara terperinci. Tahun ini apabila kita semak dengan pemilik-pemilik surat khabar, tidak laku. Rakyat pun tidak hendak dengar sudah sebab macam yang dikatakan semua dipotong. GST yang harap diturunkan, tidak diturunkan. Macam Yang Berhormat
Lenggong, bercakap terus keluar. Ini masalah dengan bajet tahun ini, amat mengecewakan. Akan tetapi jangan syok sendiri kata bagus, bagus, bagus. Apa yang bagus? Yang Berhormat Kuala Langat, bagi ulasan apa yang bagus? Tadi semua buruk tidak ada yang bagus. Apa yang bagus Yang Berhormat Kuala Langat?
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: [Bangun]Tuan Teo Kok Seong [Rasah]: Saya Yang Berhormat Kuala Langat. Ya, sebab itu sekarang beli surat khabar boleh dikecualikan cukai. Tuan Yang di-Pertua,Yang Berhormat Kuala Langat, setuju atau tidak saya rasa tadi apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat iaitu memang benar. Ya, sebagai wakil rakyat
adalah tanggungjawab bagi kita untuk mempertahankan hak rakyat khususnya seperti Yang Berhormat mempertahankan hak warga pekerja. Akan tetapi saya rasa kawan kawan di sebelah sana seolah-olahnya tidak turun padang. Sebenarnya ramai di bawah yang merasai rintihan selepas pelaksanaan GST. Akan tetapi seolah-olahnya mereka yang berada di sebelah situ tidak tahu apa yang dihadapi oleh rakyat. Setuju atau tidak Yang Berhormat Kuala Langat?
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Jadi masukkan sebahagian daripada ucapan saya kepada ucapan kedua-dua sahabat saya demikian.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya,
sila gulung. Yang Berhormat ada 52 saat.
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Akhirnya, saya ingin menekankan bahawa setiap langkah perlu ada adab. Setiap cita-cita perlu ada keikhlasan. Harapan menggunung pekerja di luar sana ingin melihat hidup mereka
DR.25.10.2016 54diberikan protection. Hidup mereka perlu ada masa depan dalam kerangka dasarnya jelas. Ini bajet yang tidak ada kerangka yang membolehkan rakyat terfikir, apa akan berlaku kepada mereka. Suasana ekonomi pada waktu tahun 2017 amat tidak ketentuan. Rakyat mengharap kerajaan prihatin kepada mereka. Jumlahnya tidak banyak RM11.4 juta.Akan tetapi mereka adalah salah satu player untuk memastikan ekonomi berada di kemuncaknya. Apa pun Tuan Yang di-Pertua, terima kasih diberikan masa untuk saya berdebat. Waktu sudah habis, wabillahi taufiq walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Tepuk]Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya,Yang Berhormat Sabak Bernam.Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Tolak bajet, tolak bajet. [Ketawa]

Sumber: Laman Web Parlimen - petikan daripada Hansard 25/10/2016 

ABDULLAH SANI BOLEH MENJADI PEMIMPIN YANG LEBIH BAIK - TETAPI BELIAU PERLU BERUSAHA MEMPERBAIKI LAGI DIRI BELIAU...

ADA YANG DENGAR KRITIKAN MEMBINA  DAN BERUBAH BERTAMBAH BAIK ...ADA PULA YANG TIDAK AKAN BERUBAH...

HARAPAN SAYA ADALAH WAKIL RAKYAT DAN KEPIMPINAN PEKERJA REFORMASI MENJADI LEBIH BAIK DAN BERKESAN...

No comments: