Thursday, October 20, 2016

Memorandum submitted to Najib by Workers Coalition on 18/10/2016

* This post is in Bahasa Malaysia, and is the Memorandum sent to the Prime Minister on 18/10/2016 during Workers Walk 2016 - an initiative of a coalition of unions and workers. 

See earlier post:-

Coalition of Workers and Unions hands in 10-point Memo to PM - Workers Walk 2016?

 

Pos Berkait sebelum ini:-

WORKERS WALK - 200 ahli Gabungan Union dan Pekerja hantar Memo kepada PM?

Saperti yang dikatakan, saya kini menerbitkan Memorandum yang dihantar kepada Perdana Menteri...ada sepuluh perkara yang ditimbulkan..


INTIPATI  MEMORANDUM



1) TRADE UNION RIGHTS  - Hak Untuk Berkesatuan -


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (1)(C)FASAL 10

‘Semua warga negara adalah berhak menubuhkan kesatuan”



AKTA KERJA 1955(AKTA 265)

‘Tiada apa-apa dalam kontrak perkhidmatan yang boleh dalam apa-apa cara menghadkan hak-hak mana –mana pekerja yag menjadi pihak kepada kontrak itu :

(a) Untuk memasuki kesatuan sekerja berdaftar,

(b) Untuk menyertai dalam aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja berdaftar,sama ada sebagai pegawai kesatuan itu atau sebaliknya; atau

(c) Untuk bersekutu dengan mana-mana orang lain untuk tujuan menubuhkan kesatuan sekerja menurut Akta Kesatuan Sekerja 1959.



Pada tahun 1961 Malaysia telah mengesahkan Konvensyen ILO 98 iaitu Hak untuk menganjur/mengurus dan Rundingan Kolektif.Sejurus itu kerajaan menggubal dan mengistiharkan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 tetapi :

Perlaksanaan dan Kelemahan dalam Penguatkuasaan telah menyebabkan penafian terhadap hak-hak Pengiktirafan dan Rundingan Bersama kepada jutaan kaum pekerja.



2) UNION BUSTING - Aktiviti Anti Kesatuan Berlaku Secara Meluas ;


Kebelakangan ini aktiviti anti kesatuan semakin meningkat dan membimbangkan.Syarikat-syarikat besar swasta bertaraf Mutinasional Company (MNC), GOC (government-owned company) dan GLC (government- linked company) telah melanggar Kod Amalan Harmoni Perhubungan Perusahaan 1975 (code of conduct) Dan melanggar Akta Perhubungan Perusahaan 1967, seksyen 4, Hak-hak pekerja dan majikan dan seksyen 5 ;


1) Tiada sesiapa pun boleh campurtangan dengan, menghalang atau memaksa seorang pekerja atau seorang majikan dalam menjalankan hak-haknya untuk menubuh dan membantu penubuhan dan memasuki suatu kesatuan sekerja dan untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang sah.

2) Tiada kesatuan sekerja pekerja-pekerja dan tiada kesatuan sekerja majikan-majikan boleh campurtangan di antara satu sama lain dalam penubuhan,perjalanan atau pentadbiran kesatuan sekerja itu.

3) Tiada majikan atau kesatuan sekerja majikan-majikan dan tiada sesiapa pun yang bertindak bagi pihak majikan tersebut atau kesatuan sekerja sedemikian boleh menyokong mana-mana kesatuan sekerja pekerja melalui kewangan atau lain-lain cara,dengan tujuan meletakkannya di bawah kawalan atau pengaruh majikan itu atau kesatuan sekerja majikan-majikan itu.



Antaranya;(MNC Swasta)

-Kilang Renesas Semiconductor KL Sdn Bhd.

Industrial Court Of Malaysia Case No: 22/3-733/13 AWARD NO 244 OF 2016.

08 Mac 2016 BERSALAH kes Union Busting dan penghujahan Yang Arif Pengerusi Mahkamah Perusahaan, pemecatan Presiden Kesatuan Sekerja adalah tektik UNION BUSTING.



-Malaysia Airlines (MAS)

-Kumpulan Hicom DRB (GLC)

-SIRIM (GOC)

AMALAN INI PERLU SEGERA DITANGANI DAN DIHENTIKAN AGAR TIDAK MENJADI RUJUKAN



Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan ;

GAGAL - Memastikan amalan Code Of Conduct dipatuhi demi mewujudkan suasana perhubungan perusahaan yang harmoni.

GAGAL- Menggalakkan dan mengekalkan perhubungan perusahaan yang harmoni dan kondusif di antara majikan,pekerja dan kesatuan sekerja mereka untuk kemajuan ekonomi Negara dan kesejahteraan rakyat,

GAGAL- Memupuk dan memelihara perhubungan yang positif dan harmoni di antara majikan dan pekerja serta kesatuan-kesatuan sekerja mereka bagi mewujudkan suasana perhubungan perusahaan yang aman dan tenteram dalam Negara.



3) SECTION 20 INDUSTRIAL RELATION ACT 1967 (PEMULIHAN KERJA)

Sekatan yang zalim dan tidak memberi keadilan kepada pekerja.

Menteri KSM telah meminda Jadual Kedua dan menghadkan jumlah pampasan tidak melebihi Dua Puluh Empat Bulan (2 Tahun) dari tarikh pemecatan berdasarkan Gaji terakhir dengan alasan kes-kes pemecatan dibawah seksyen 20 akan diselesaikan dalam tempoh 24 bulan.

GAGAL dan terbukti menindas, serta tidak berlaku adil kepada pekerja apabila kes-kes tidak diselesaikan dalam tempoh 24 bulan malah berlarutan hingga melebihi 60 bulan (5 tahun)

Antaranya ;

- Pengerusi National Union of Journalist (Cawangan Utusan), 2009 – 2016 tertangguh di Mahkamah Perusahaan (9 tahun).

- Presiden Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Sem Malaysia, 2011-2016 tertangguh di Mahkamah Perusahaan ( 5 tahun)

- Presiden National Union of Flight Attendants Malaysia ,2013-2016 tertangguh di Mahkamah Perusahaan (3 tahun)

- 18 ahli dan Exco Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu,2013-2016 tertangguh di Mahkamah Perusahaan (3 tahun)

Pindaan ini akhirnya memberi kesan buruk dan ketidakadilan kepada kaum pekerja terutama pemimpin pemimpin kesatuan sekerja dimana mereka dengan mudah dipecat dan 99% keputusan Mahkamah tidak berjaya mengambalikan pekerja ke pekerjaan asal, alasan kes berlarutan tempoh yang lama dan kekosongan jawatan telah di isi.

Award Mahkamah Perusahaan terikat dengan pindaan ini walaupun kes kes berlarutan lebih dari had waktu yang wajar diselesaikan iaitu 24 bulan.Walaupun bilangan Mahkamah Perusahaan telah bertambah namun pekerja-pekerja masih menghadapi kelewatan yang ketara untuk mendapatkan keputusan yang adil.Mahkamah seolah-olah tidak mengambil kira kehendak dibawah seksyen 30(5) IRA 1967 dimana ia dengan jelas menyatakan bahawa Mahkamah hendaklah bertindak mengikut ekuiti,perasaan hati yang baik dan merit kes yang substantial tanpa memikirkan kepada perkara-perkara teknikal dan berbentuk undang-undang.

Malah pada mulanya apabila Kerajaan menubuhkan Mahkamah Perusahaan dibawah mekanisme penyelesaian pertikaian,ia bertujuan untuk menjadi pengadil terakhir bagi menjatuhkan keputusan-keputusan muktamad dan konklusif dan menamatkan semua pertikaian.Malangnya ,kini peranan Mahkamah telah berubah kearah bertentangan dan mengheret kes-kes sehingga ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Ia bukan sahaja mengambil masa yang terlalu lama malah melibatkan beban kos kewangan yang sangat besar.Dan diluar kemampuan pekerja.

Pindaan perlu dibuat dengan kadar segera memansuhkan had pampasan 24 bulan agar tidak menyekat hak pekerja menuntut keadilan dan kuasa menentukan pampasan dikembalikan kepada Mahkamah Perusahaan seperti sebelum ini.

Seksyen 6 1. IRA 1967 – Menteri boleh dari semasa ke semasa menambah, mengubah, atau meminda Jadual Pertama atau Jadual Kedua melalui pemberitahuan dalam Warta.



4) CONVENTION 87 & 98

Menggesa kerajaan meratifikasi dan menguatkuasakan Konvensyen 87 dan Konvensyen 98 dibawah Pertubuhan Buruh Antarabangsa.Kedua-dua konvensyen ini amat penting dalam memperjuangkan hak kebebasan dan melindungi kebajikan pekerja.Malaysia masih belum meratifikasi konvensyen 87 (kebebasan berkesatuan) dan hanya mengesahkan konvensyen 98 (perundingan perjanjian bersama) untuk sektor swasta sahaja.Ia telah memberi kesan kepada perlaksanaan aktiviti pekerja.



5) UNFAIR LABOUR PRACTICE

Pekerja bergaji RM2001 dan keatas sekitar 30-35% daripada 6.5juta pekerja swasta yang aktif dalam caruman KWSP/PERKESO tidak dilindungi dibawah Akta Kerja 1955. Tiada jaminan pekerjaan, ditindas dari pelbagai aspek, tiada hak rundingan, kecuali mereka mempunyai Kesatuan Sekerja dan termaktub di bawah Perjanjian Bersama.

Manakala Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980. Faedah / Jumlah kiraan pampasan berbeza diantara 2 Mahkamah dibawah Kementerian Sumber Manusia.

Mahkamah Buruh
10 hari gaji x tahun berkhidmat (pekerja bawah 2 tahun)

15 hari gaji x tahun berkhidmat (pekerja 2 tahun -5 tahun

20 hari gajii x tahun berkhidmat (pekerja 5 tahun ke atas)

Mahkamah Perusahaan : 1 bulan gaji x tahun berkhidmat.


6) RETRENCHMENT FUND

Tabung Pemberhentian Kerja wajar di laksanakan SEGERA kerana RASIONAL nya dari laporan KSM,

Daripada tahun 2007 hingga 2013,sebanyak 7,130 majikan telah memberhentikan seramai 222,986 orang pekerja dimana bayaran yang perlu dibayar oleh majikan kepada pekerja adalah sebanyak RM1.67 bilion. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM1.27 bilion telah dibayar kepada pekerja manakala RM 397.45juta tidak dibayar kerana syarikat berkenaan telah gulung tikar atau tiada sumber kewangan untuk membayar pampasan walaupun Mahkamah telah memerintah pembayaran pampasan tersebut dibuat. Malah pada tahun 2014 seramai 25,917 dan 2015 seramai 38,499 pekerja diberhentikan, menunjuk kan peningkatan. Manakala 2016 sehingga Januari sahaja sekitar 5000 pekerja diberhentikan. Dan pada June 2016 sekumpulan 300 pekerja kilang High-5 telah diberhentikan tanpa membayar gaji tertunggak dan tiada sebarang pampasan.Pekerja telah bekerja hingga mencecah puluhan tahun.

Pada 2009 (Rancangan Malaysia 10) Kerajaan telah bersetuju pada prinsipnya dengan penubuhan Tabung Bantuan Kehilangan Pekerjaan. Sebanyak RM80 juta telah diperuntukan dibawah RMK10 dan 52juta telah disalurkan kepada PERKESO,

Namun sehingga 2016 pekerja berterusan di berhentikan tanpa pampasan dan amat dikesali pekerja tidak mendapat sebarang bantuan daripada peruntukan RMK 10. Ia menunjukkan perkara ini tidak diambil berat oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.



7) VSS JOBLESS

Kesan kegawatan ekonomi telah menyebabkan syarikat –syarikat mengecilkan operasi, pekerja pekerja ditawarkan pelbagai skim yang akhirnya menjadikan pekerja seorang penganggur diusia muda. Pelbagai tawaran di perkenalkan Tanpa Rundingan antara ke 2 pihak (pekerja dan majikan),Tanpa Sukarela malah wujud UGUTAN dengan berbagai kaedah MEMAKSA pekerja mengambil tawaran . Semua tawaran ini berlaku tanpa memaklumkan kepada Jabatan Tenga Kerja untuk pemantauan. Skim hanya dilihat menghalalkan pembuangan .Antaranya –

Volunteer Seperation Scheme (VSS)

Early Retirement Scheme (ERS)

Mutual Separation Scheme (MSS)

Lay-Off (Pemberhentian Kerja Semantara) tanpa had waktu.


Amalan pembuangan kerja ini telah berlaku bukan sahaja di sektor sektor swasta tetapi juga di syarikat GLC dan GOC.



8) OUTSOURCING
Amalan Outsourcing telah menyebab kan berlakunya penindasan ,diskriminasi dan eksploitasi terhadap pekerja asing.Syarikat –syarikat melanggar Akta Kerja 1955 seksyen 60L. Pekerja asing yang membuat aduan diugut oleh agen,dipukul,gaji disekat,ditukar ke syarikat lain kondisi lebih teruk, malah ada yang dihantar pulang ke negara asal.

Syarikat dengan nyata melanggar permit kerja (akta imigresen) dimana pekerja asing dibawah permit syarikat induk di Outsource /di jual kepada agen-agen, gaji dibayar oleh agen dan sewenang-wenangnya ditolak oleh agen mengikut keperluan agen.Majikan induk tidak bertanggungjawab (lepas tangan).

Amalan ini menyekat hak pekerja tempatan untuk mengisi ruang kekosongan kerja. Syarikat-syarikat MNC dan GLC telah mengambil jalan mudah dengan menghentikan pengambilan pekerja tempatan secara tetap, dan meletakkan pekerja tempatan ke agen outsourcing untuk bekerja di syarikat.

Syarikat perlu bertanggungjawap sepenuhnya terhadap pekerja mereka,mematuhi peruntukan dalam Akta Kerja dan Akta Imigresen, bukan pekerja diperlakukan seperti hamba upah seterusnya Tiada Jaminan Pekerjaan dan Negara bakal ditimpa limpahan kes perdagangan manusia.


9) FOREIGN WORKERS

MTUC tidak membantah Foreign Workers (pekerja asing) tetapi membantah kemasukan pekerja asing dengan berleluasa tanpa kawalan. Negara menjadi tumpuan pekerja asing mencari rezeki yang lumayan namun kebanjiran pekerja asing telah menimbulkan pelbagai masalah .Pekerja asing boleh dikelaskan kepada dua iaitu pekerja asing yang datang secara sah dan pekerja asing yang datang melalui jalan belakang atau pendatang tanpa izin (PATI).

Pekerja asing yang datang secara sah umumnya telah ditentukan jenis pekerjan,majikan,tempat tinggal dan melalui pelbagai proses untuk memenuhi kelayakan sebagai pekerja. Seterusnya diberi permit kerja yang dinyatakan tempoh kerja. Mereka ini mempunyai dokumen perjalanan yang sah,bebas dari penyakit berjangkit,mempunyai kontrak pekerjaan yang sah dan tidak membawa banyak masalah kepada masyarakat dan Negara.

Kategori ke dua ialah PATI yang tidak melalui proses seperti pekerja asing yang sah.Mereka juga tidak mempuanyai dokumen perjalanan yang sah,risiko penyakit berjangkit yang tinggi seperti tuberculosis (tibi) dan mudah di eksploitasi. Tingkah laku mereka sukar dipantau, setiap hari media akhbar dan elektronik melaporkan kegiatan negatif yang melibatkan pergaduhan dan kematian. Pendedahan demi pendedahan mewujudkan ketakutan,ketidak harmonian,ancaman dan keselamatan sosial kepada masyarakat dan Negara.

Hak pekerja tempatan telah terjejas dimana Pihak Majikan lebih suka mengupah pendatang tanpa izin dalam sektor perladangan,pembinaan, pembuatan dan merebak ke sektor perkilangan kerana gaji mereka lebih murah.

Kenyataan Ketua Pengarah Imigresen jumlah Pekerja Asing PATI dianggar kan lebih 2 juta dan jumlah pekerja asing yang masuk secara sah dianggarkan lebih 1.9juta, bercanggah dengan kenyataan YB Menteri Sumber Manusia iaitu jumlah Pekerja Asing 6.7juta. Pekerja asing yang miliki permit sah 2.1juta. Pekerja asing tiada permit sah 4.6juta. Malah memetik kenyataan YB Menteri menyatakan bahawa jumlah sebenar pekerja asing yang berada di Negara mungkin berlebihan.


10) TPPA (labour chapter)

Bagaimanakah Jaminan Keharmonian Perusahaan ?

Peraturan yang sedia ada termaktub dalam Akta Perhubungan Perusahaan jelas jabatan GAGAL memastikan ia dipatuhi dan menjadi panduan . Kini peraturan TPPA diantaranya - Hak mogok di permudahkan,Dibenarkan mempunyai lebih dari satu kesatuan dalam satu establisment,tred, pekerjaan atau industri,Keanggotaan kesatuan diperluas tidak lagi terhad dan termasuk pesara dan mereka yang telah dibuang kerja.Syarat untuk menjadi pegawai dalam kesatuan sekerja di longgarkan TERBUKA kepada BUKAN WARGANEGARA DAN PEKERJA POLITIK, Penggabungan dengan badan perunding luar Negara tidak lagi memerlukan kebenaran bertulis daripada KPKS,Semakan kehakiman ke atas keputusan Menteri dan KPKS .



Dengan ini MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan bersama gabungan kesatuan-kesatuan sekerja pelbagai sektor memohon agar YAB Perdana Menteri memberi perhatian serius menanggani isu dikemukakan.

Memohon mewujudkan satu jawatankuasa pekerja (Lab Pekerja) dibawah JPM untuk membuat kajian dan penyelidikan terperinci demi Jaminan Pekerjaan dan keselamatan Negara seterusnya merialisasikan Negara maju berpendapatan tinggi 2020.


‘RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.’






No comments: