Friday, October 21, 2016

JAG - Prosecute Those Who Make Death Threats against Human Rights Defenders and Their Families

*Bahasa Malaysia translation of statement to be found below

Prosecute Those Who Make Death Threats against Human Rights Defenders and Their Families
Joint Action Group for Gender Equality
18 October 2016

The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) is outraged and appalled at the death threats made against Maria Chin Abdullah and her three sons, Ambiga Sreenevasan, and Mandeep Karpall.

The threats, sent through a chat application, comprise of digitally-edited images that appear to show all those named above kneeling with a masked man dressed in black, standing over them and holding a knife to their throats. The images also show Bersih 5 t-shirts superimposed on the six individuals. The images are reminiscent of photos and footage of Daesh executing hostages.

We have already seen a series of violence targeting the organisers and supporters of Bersih 5, and even journalists covering the nationwide convoy are not spared. These images mark a clear escalation of violence, with family members also being targeted with death threats. That it has escalated to such an extent is not an accident or an outlier: political violence against those with differing viewpoints or accused of being “anti-government” is extremely worrying as it appears that it is increasingly tolerated in this country, particularly since 2013 and the last general election.

We remind the Malaysian government that it supported a United Nations General Assembly resolution in December 2015 on protecting human rights defenders. Among other things, the resolution calls on accountability for attacks against human rights defenders and their families, and affirms the obligations of the State to promote, protect, and fulfil its human rights obligations. The resolution also expressed a specific concern over systemic and structural discrimination and violence faced by women human rights defenders, recognising that they face gendered forms of violence.

JAG calls on the Malaysian government, the Royal Malaysian Police Force, and other agencies to do their duty with conscientiousness and impartiality. Members of the Cabinet and political leaders from all parties, regardless of ideology, need to unequivocally condemn the violence and death threats. The violence must be arrested. Failure to do so can be interpreted as tolerance by those in power of the type of militant politics and politics of fear and intimidation that are currently pervasive in this country, designed to target human rights defenders, voices of dissent and freedom of expression and assembly and association.


This media statement was released by the Joint Action Group for Gender Equality (JAG), which comprises of:
1.       Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
2.       All Women’s Action Society (AWAM)
3.       Association of Women Lawyers (AWL)
4.       Justice for Sisters
5.       Perak Women for Women Society (PWW)
6.       Sabah Women's Action-Resource Group (SAWO)
7.       Sisters in Islam (SIS)
8.       Women’s Aid Organisation (WAO)
9.       Women’s Centre for Change, Penang (WCC)


Ambil Tindakan Segera Terhadap Individu-Individu Yang Membuat Ancaman Bunuh Terhadap Pembela Hak Asasi Manusia Serta Keluarga Mereka
Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG)
18 Oktober 2016

Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) marah dan terkejut dengan ancaman bunuh terhadap Maria Chin Abdullah dan tiga anak beliau, Ambiga Sreenevasan dan Mandeep Karpall.

Ancaman tersebut yang dihantar melalui aplikasi chat mengandungi imej yang telah diedit secara digital yang menunjukkan kesemua yang dinamakan di atas dalam posisi melutut dengan seorang lelaki bertopeng dan berpakaian hitam berdiri di belakang mereka sambil memegang pisau pada tekak mereka. T-shirt Bersih 5 juga di-superimposed ke atas keenam-enam individu dalam imej-imej tersebut. Imej-imej tersebut seakan-akan gambar dan video oleh Daesh yang menjalankan hukuman mati terhadap tahanan mereka.

Kita telah pun menyaksikan keganasan terhadap penganjur dan penyokong Bersih 5. Wartawan-wartawan yang sedang melaporkan konvoi Bersih yang berlangsung di seluruh Malaysia turut mengalami keganasan. Imej-imej ini secara jelas menunjukkan peningkatan keganasan yang semakin membimbangkan, terutamanya dengan ahli keluarga pihak pengajur sendiri menjadi sasaran ancaman bunuh. Hal ini bukanlah satu kebetulan atau tanggapan: keganasan politikal terhadap golongan yang mempunyai pendapat yang berbeza atau dilabel sebagai ‘anti-kerajaan’ sangat merunsingkan, dan keganasan ini seolah-olah diterima di negara ini, terutamanya selepas 2013 serta pilihan raya yang lepas.

Kami mengingatkan kerajaan Malaysia bahawa Malaysia telah menyokong resolusi di Persidangan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu pada Disember 2015 berkenaan perlindungan terhadap pembela hak asasi manusia. Resolusi tersebut antaranya meminta negara-negara untuk meningkatkan akauntabiliti terhadap ancaman terhadap pembela hak asasi manusia dan keluarga mereka. Selain itu, resolusi tersebut juga menegaskan tanggungjawab kerajaan untuk mempromosi, melindungi dan memenuhi tanggungjawab hak asasi manusia masing-masing. Resolusi tersebut juga menyatakan kebimbangan yang khusus terhadap diskriminasi struktural dan sistemik serta keganasan terhadap pembela hak asasi manusia perempuan. Resolusi tersebut mengakui dan menyedari keganasan yang dialami oleh pembela hak asasi manusia perempuan berunsur gender atau disebabkan oleh gender mereka.

JAG mendesak kerajaan Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan agensi-agensi berkenaan yang lain untuk menjalankan tugas masing-masing dengan adil dan cermat. Ahli kabinet dan tokoh-tokoh politik dari semua parti, tanpa mengira ideologi, harus secara jelas mengutuk atau mengkritik keganasan serta ancaman bunuh tersebut. Keganasan ini harus dihentikan dengan serta-merta. Kegagalan dalam menghentikan keganasan ini mungkin akan diinterpretasi sebagai toleransi oleh golongan yang berkuasa terhadap politik militan atau politik yang menakutkan dan mengintimidasi rakyat yang semakin berleluasa di negara ini yang mensasarkan pembela hak asasi manusia, suara-suara yang membangkang, dan kebebasan ekspresi, berkumpul serta berpersatuan.


Kenyataan akhbar ini dikeluarkan oleh Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) yang terdiri daripada:
1.       Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
2.       All Women’s Action Society (AWAM)
3.       Association of Women Lawyers (AWL)
4.       Justice for Sisters
5.       Perak Women for Women Society (PWW)
6.       Sabah Women's Action-Resource Group (SAWO)
7.       Sisters in Islam (SIS)
8.       Women’s Aid Organisation (WAO)
9.       Women’s Centre for Change, Penang (WCC)

No comments: