There are tens of thousands of workers in Malaysia that have lost their employment by reason of retrenchments/lay-offs, termination, retirement, VSS and other separation schemes who need assistance IMMEDIATELY for a brief period until they get new employment and salary - if not, great injustice and sufferings - as earnings stop but payment obligations remain. Hence, the UNEMPLOYMENT BENEFIT, a temporary financial assistance for these workers...The post is in Bahasa Malaysia..In Budget 2017, Government must set aside RM1 billion so we can start helping such workers by 1 January 2017...URGENT..
PEKERJA yang kehilangan kerja dan sedang cari kerja baru memerlukan bantuan kewangan sehingga beliau mendapat kerja baru. JUSTERU, peruntukkan 'UNEMPLOYMENT BENEFIT' atau FAEDAH PEKERJA TAK BEKERJA' - ini adalah sejenis Social Security - dan kerajaan yang harus bertanggungjawab mengendalian skima ini - bukan syarikat insuran swasta. [Lihat contoh skima 'Unemployment Benefit' di Thailand di bawah ini]
PEKERJA yang kehilangan kerja dan sedang cari kerja baru memerlukan bantuan kewangan sehingga beliau mendapat kerja baru. JUSTERU, peruntukkan 'UNEMPLOYMENT BENEFIT' atau FAEDAH PEKERJA TAK BEKERJA' - ini adalah sejenis Social Security - dan kerajaan yang harus bertanggungjawab mengendalian skima ini - bukan syarikat insuran swasta. [Lihat contoh skima 'Unemployment Benefit' di Thailand di bawah ini]
Ini BUKAN tabung pampasan
- di mana pekerja yang tidak dibayar gaji/bayaran notis pemberhentian
kerja/ dll oleh majikan untuk mengambil duit daripada 'Unemployment
Benefit' ini. Apa yang harus dibayar majikan harus dibayar majikan - dan
pekerja harus menunutut terus daripada majikan melalui proses
undang-undang. Ramai pemimpin pekerja dan pekerja 'confuse' tentang
pekara ini. Kenapa lepaskan majikan daripada obligasi membayar kepada
pekerja - itu mungkin skima lain (dibincang dalam post lain)
Siapakah yang harus mendapat bantuan ini?
Semua
pekerja yang kehilangan kerja sama ada kerana telah diberhentikan
kerja(termination), di 'retrench' atau 'lay off' akibat penutupan
kilang atau tindakan majikan mengurangkan pekerja, pekerja yang
diberhentikan akibat VSS atau perjanjian/skima pemisahan yang lain, atau pekerja yang sendiri berhenti kerja.
Mengapa bantuan diperlukan?
Tanpa
kerja dan gaji, pekerja akan mendapati sukar membayar bil perkhidmatan
asas yang perlu dibayar setiap bulan, membuat pembayaran bulanan akibat
obligasi yang muncul kerana pinjaman rumah/kereta atau juga skima sewa
beli, membuat perbelanjaan biasa menampung keluarga dan diri sendiri,..
Justeru bantuan sementara diperlukan pada masa ini.
Berapa jumlah wang bantuan diperlukan setiap bulan?
Walaupun
akibat cara hidup, jumlah gaji terakhir diperlukan TETAPI ini agak
sukar bagi pihak kerajaan. Justeru, apa yang diwajar mungkin 50% gaji terakhir atau RM1,500 setiap bulan, jumlah mana yang paling rendah..(Ini formula yang digunakan di negara jiran Thailand.
Untuk jangka waktu berapa lama pekerja berhak mendapat faedah ini? Apa syarat?
Sehingga pekerja mendapat gaji pertama kerja baru yang diperolehi,
atau paling maksima untuk 6 bulan sahaja. Satu syarat adalah bahawa
pekerja akan sedia mencari kerja, menghadiri kursus perlu oleh pihak
kerajaan, di mana kursus mungkin beraneka jenis. Ada kursus untuk
mengatasi isu psikoloji dan juga mengajar pekerja bagaimana terus hidup
dengan pendapat kini paling maksima RM1,500 atau kurang dalam tempuh
usaha mencari kerja/pendapatan baru dilakukan.
Siapa harus mengendalikan skima ini - Kerajaan, iaitu PERKESO?
Kerajaan
harus pantau memastikan pekerja benar-benar mencari kerja baru - di
mana ini harus dilakukan setiap 2 minggu atau satu bulan (Kita tidak
mahu orang menyalahgunakan skim bantuan pekerja ini). Pemantauan dan
pengagihan bantuan bulanan harus dijalankan oleh kerajaan - agensi yang
harus melakukan ini adalah SOCSO (atau PERKESO) - ini juga sejenis
social security. Ini sesuatu perkara yang tidak harus diswastakan atau
di-'outsource' kepada syarikat swasta.
SOCSO
wajar kerana sudah ada infrastruktur - pejabat dikebanyakkan bandar dan
pegawai yang sudah biasa berurusan membantu pekerja bila susah.
UNEMPLOYMENT
BENEFIT - Bantuan sementara sehingga pekerja dapat kerja baru - justeru
pekerja kena aktif cari kerja, dan kerajaan juga perlu aktif membantu
pekerja mendapatkan kerja baru. Ini tugas kerajaan - bukan syarikat
swasta.
Mengapa tidak syarikat swasta yang dipertanggungjawab mengendalikan TABUNG 'Unemployment Benefit' ini?
Motif
syarikat swasta adalah 'keuntungan' bukan kebajikan pekerja atau orang -
di mana, ini adalah motif sebuah kerajaan - Kebajikan rakyat
diutamakan. Syarikat swasta juga boleh tutup kerana 'bankrap' - dan yang
akan dianiyai adalah pekerja...justeru harus dikendalikan oleh kerajaan
- dengan jaminan kerajaan. Kita sudah pun ada PERKESO... jadi tak perlu
diberikan kepada syarikat insuran swasta untuk mengendalikan...jikapun
diberikan, kerajaan mesti memberikan JAMINAN supaya semua yang
dijanjikan akan tercapai...
Jika
Perkeso mahu membeli insura dari syarikat swasta - itu hak PERKESO,
tapi pekerja akan hanya berurusan terus dengan SOCSO[PERKESO] sahaja.
Adilkah jika pekerja yang sendiri meletak jawatan juga diberikan faedah ini?
Benar
- mungkin untuk pekerja yang sendiri meletak jawatan tanpa alasan
munasabah atau jsutifikasi, pekerja tersebut hanya akan diberikan
bantuan untuk tempuh maksima 3 bulan.
Setengah
pekerja berkeputusan meletak jawatan kerana mungkin ada penganiyaan,
pencabulan hak, ganguan seksual dan untuk beranika sebab yang lain -
tetapi memilih tidak mahu buat aduan kepada pihak berkenaan atau buat
apa-apa tuntutan. Biasa pekerja yang mahu tinggalkan kerja untuk kerja
yang membayar lebih atau lebih baik tidak akan berada dalam keadaan tak
ada kerja baru...mereka akan terus letak jawatan dan mulakan kerja baru,
dan tidak akan dalam keadaan yang memberikan mereka hak mendapat
bantuan ini.
SIAPAKAH YANG HARUS MEMBAYAR UNTUK SKIMA 'UNEMPLOYMENT BENEFIT' ini?
Sewajarnya
pekerja, majikan dan juga kerajaan membayar. Yang dicadangkan kini,
adalah pekerja membayar RM2.50 dan majikan membayar RM2.50 untuk Faedah
ini. MP Abdullah Sani mencadangkan kerajaan juga turut membayar RM2.50.
Lebih baik peratusan gaji, jangan bayaran tepat macam ini - mungkin 1%
gaji/pendapatan sebulan.
Cadangan
wajar adalah bahawa peratusan sumbangan kepada PERKESO oleh pekerja dan
majikan ditambah sahaja untuk faedah tambahan ini. Kerajaan dalam Bajet
ini mungkin akan segera memasukkan RM1 billion supaya skima ini terus
boleh bermula kini mulai Januari 2017, dikendalikan oleh PERKESO.
PERKESO
dibuka kepada semua pekerja termasuk mereka yang kerja sendiri, dan
juga mereka yang menjalankan perniagaan kecil sendiri saperti warung
makanan, bela ikan Patin, catering makan, dll - di mana sumbangan
bulanan mereka harus ditentukan. Mereka yang tak ada majikan pasti
mungkin akan harus membayar jumlah sumbangan peratusan pendapatan bulan
yang sama sumbangan kedua majikan dan pekerja disektor swasta...Pekerja
kerja sendiri kini tidak diliputi skim PERKESO - social security for
workers..
BAJET 2017 - Apa kerajaan harus lakukan?
Kerajaan
harus segera sumbangkan kepada PERKESO untuk skima 'Unemployment
Benefit' jumlah RM1 Billion (atau RM500 juta) supaya pekerja yang hilang
kerja sedang cari kerja boleh menikmati BANTUAN ini mulai 1 Januari
2017 [Ramai pekerja yang perlukan bantuan ini hari ini - tak guna dan
tak prihatin untuk menangguhkan bantuan kebajikan ini bertahun-tahun.
Mangsa banjir perlukan bantuan sekarang bukan dua tahun selepas banjir -
sama juga pekerja yang hilang kerja perlukan Bantuan Sekarang - bukan
dua atau 3 tahun kemudian]..
Buat masa ini, dicadangkan juga kadar bayaran PERKESO oleh majikan dan pekerja ditambah 1% kadar kini.
KERISAUAN
-
Wakil pekerja yang kini berurusan dengan kerajaan bagi pihak pekerja
kena FAHAM apakah bentuk FAEDAH BANTUAN PEKERJA KEHILANGAN KERJA YANG
SEDANG CARI KERJA BARU - UNEMPLOYMENT BENEFIT.
- Kalau, tak faham, wakil pekerja akan setuju kepada perkara yang salah dan akhirnya pekerja yang rugi...
-
Ada setengah pemimpin kini 'confuse' - mengatakan tabung ini untuk
membayar kepada pekerja yang ditipu majikan. Jika majikan tak bayar gaji
dan lain-lain, mereka mahukan 'Unemployment Benefit' membayar duit
keberhutangan majikan kepada pekerja - INI SALAH...Ini bukan tabung
PAMPASAN... Ini adalah Faedah untuk membantu pekerja yang tak ada kerja
sehingga mereka dapat kerja baru - bantuan sementara saja. Macam bantuan
banjir...bantuan malapetaka yang lain...[Untuk skima pampasan atas
kegagalan majikan membayar pekerja apa yang patut - itu kita bincang
dalam pos lain, di mana untuk ini majikan sahaja yang harus membayar....bodoh minta pekerja bayar untuk ini...]
Contoh SKIMA 'UNEMPLOYMENT BENEFIT' sapertimana terdapat di negara Thailand...hak untuk semua pekerja. Sila baca di bawah
Criteria and Entitlement Benefits
Having made contributions towards unemployment for not less than 6 months within a period of 15 months prior to unemployment | |
Terms and conditions giving rise to the entitlement:
|
|
The Entitlement Benefits you shall receive:In case of termination of employment:
In case of resignation:
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment