Sunday, October 16, 2016

MP Abdullah Sani's Parliamentary Questions Analysed - Improvement Needed to Improve Quality?

* This post is in Bahasa Malaysia. It looks at the Parliamentary questions raised by just one Member of Parliament in the last session of Parliament. Comments have been made about the 9 questions submitted for oral response. Every MP has a right to submit 15 questions every session - 10 that requires an oral response(if time does not permit, the MP will be given a written reply) and a further 5 questions for a written response. Some MPs, even from the Opposition failed to even put in 10 questions. There much to be improved in questions being asked as well...We looked at one MP - but it concerns all MPs in Malaysia. Quality needs to improve and TRANSPARENCY too...as most MPs who receive written answers from the government seem to not openly share these answers with their constituencies or the public. Really Parliamentary Website should publish all questions raised, and the written answers provided.

Related post:-

PKR MP Shamsul Iskandar should explain why apparently only 5 questions at last Parliamentary session?

 

15 Soalan setiap sessi Parlimen yang pasti dapat jawapan kerajaan - Tak tanya 15 rugi rakyat - Tak dedahkan jawapan, rugi rakyat - Soalan tak berkualiti atau 'tak perlu ditanya', rugi rakyat - Sesi Parlimen yang lalu, Abdullah Sani, saya lihat mengemukakan 9 soalan parlimen memberlukan jawapan lisan...(adakah saya terlepas satu soalan, kalau tidak, rugi tak tanya 10), 5 lagi soalan tak tahu jika dikemukakan pun..

Kita melihat Abdulah Sani, kerana dia juga pemimpin pekerja, tetapi komen yang diberikan semua terpakai kepada mana-mana MP atau ADUN atau Senator lain. Rakyat terpaksa memantau wakil rakyat - kalau tidak peluang yang diperolehi sebagai 'wakil rakyat' pun mereka gagal gunakan dengan cara paling berkesan...Soalan Abdullah Sani, yang dinilai, memang banyak kekurangan dan boleh bertambah baik...




Abdullah  Sani, bukan sahaja Ahli Parlimen, tetapi juga memangku jawatan Presiden MTUC.

Berasaskan Aturan Urusan Mesyuarat sesi Parlimen yang berlangsung pada 16,17, 18, 19, 23, 24, 25 dan 26 Mei 2016, Abdullah Sani nampaknya telah mengemukakan 9 soalan yang memerlukan jawapan lisan.

22 (4)  Seseorang  ahli  tidak  boleh  bertanya  lebih daripada  10  pertanyaan  bagi  Jawapan  Lisan  dan tidak  lebih  daripada  5  pertanyaan  bagi  Jawapan Bertulis  dalam  mana-mana  satu  mesyuarat  Majlis. -PERATURAN-PERATURAN  MAJLIS MESYUARAT  DEWAN  RAKYAT
Justeru, beliau nampaknya telah menimbulkan 9 soalan bila beliau dapat menimbulkan 10 soalan. 

Selain daripada itu, beliau juga boleh mengemukakan 5 soalan yang memerlukan jawapan bertulis - apakah soalan ini kini hanya boleh dimaklumkan oleh MP berkenaan kerana butiran soalan memerlukan jawapan bertulis tidak terpapar di laman web Parlimen.

Apakah jawapan yang beliau terima - Jika MP tidak kongsi jawapan, dan hanya 'merahsiakan' jawapan, kita yang malang tidak tahu apakah jawapan kerajaan.

SOALAN PARLIMEN - bila mengemukakan soalan, beberapa perkara harus diambil kira.
* Mengapakah soalan tersebut dikemukakan? Apakah matlamat? 

Biasanya, ahli Parlimen pihak UMNO-BN biasa tanya soalan mahu 'buka jalan' atau memberikan peluang kepada Menteri berkenaan memberikan sesuatu maklumat yang kerajaan mahu mendedahkan khususnya menunjukkan 'kerja baik' yang dilakukan kerajaan. 

MP pihak pembangkang, biasanya mahu melalui soalan mengemukan sesuatu isu atau faktor yang mahukan kerajaan mengambil perhatian atau memberi respons - atau beliau mencari maklumat (statistik, dll) yang boleh digunakan untuk memperkukuhkan hujahan mahukan kerajaan sesuatu demi keadilan.

* Soalan Parlimen boleh ditanya mengenai apa-apa isu - ia mungkin soalan am, atau mungkin soalan khusus mengenai satu-satu kes. 

KOMEN/PENDAPAT PERIBADI MENGENAI SOALAN YANG DIKEMUKAN OLEH mp ABDULLAH SANI DALAM SESI PARLIMEN YANG LALU, YANG DIPEROLEHI DARIPADA LAMAN PARLIMEN MALAYSIA...

MENGAPA? MENGHARAPKAN ABDULLAH SANI DAN MP LAIN AKAN BERTAMBAH BAIK DAN AKAN MENGEMUKAKAN SOALAN YANG LEBIH BAIK...

16/5/2016
34.PR-1342-L74691
Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [Kuala  Langat] minta MENTERI SUMBER  MANUSIA menyatakan  langkah-langkah  mengawal  selia syarikat-syarikat  mengadakan  “Lay-off” terhadap pekerja-pekerja    ketika    syarikat  mengalami ketidaktentuan terhadap keuntungan syarikat.

Komen:- 

Soalan ini berkualiti rendah, dan merupakan soalan yang biasa dikemukakan oleh MP BN - Ia merupakan soalan membuka jalan kepada Menteri mengumumkan sesuatu yang kerajaan telah buat, sedang buat atau akan buat.

Soalan Abdullah Sani ini langsung tak memberikan apa-apa 'point' atau cabaran kepada kerajaan

Soalan ini juga tidak memberikan apa-apa maklumat kepada rakyat. Anih juga soalan ini ditanya oleh kepimpinan tinggi MTUC - pasti MTUC sudah lama tahu jawapan soalan ini - atau adakah MTUC begitu tidak 'competent' kerana ini perkara asas pekerja.

Cadangan Soalan lebih baik, yang boleh ditanya adalah saperti berikut:-

Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [Kuala  Langat] minta MENTERI SUMBER  MANUSIA, memandangkan kini banyak syarikat telah "lay-off" atau "retrench' pekerja tiba-tiba atas dakwaan, antara lain, 'kekurangan permintaan atau 'tak mampu', atau tak perlu lagi pekerja kerana proses kilang sudah tukar,, di mana kini bilangan lebih 15,000(atau angka beliau tahu) telah kehilangan kerja dimana ramai pekerja yang ada skil dalam satu bidang mendapati sukar mendapat kerja tetap baru yang membayar gaji sama atau lebih baik,  untuk menyatakan apa polisi dan tindakan kerajaan mengatasi masalah ini dan juga memastikan pekerja dibuang kerja ini mendapat kerja tetap baru yang membayar gaji sama atau lebih secepat mungkin, dan juga ada bantuan kewangan sementara dari kerajaan sehingga pekerja berkenaan mendapat kerja baru. Adakah kerajaan juga akan memastikan bahawa pekerja yang telah di'lay-off' ini, diberikan keutamaan bila keadaan bertambah baik dan syarikat berkenaan terpaksa ambil pekerja baru?
** Soalan cadangan saperti atas ada beberapa ciri:-

1.  Ia menghadkan sebab yang boleh digunakan untuk tujuan 'lay-off'. Soalan asal, memberikan gambaran bahawa syarikat majikan boleh suka-suka buang jika ada naik turun keuntungan - ini tidak tepat. Alasan yang diterima undang-undang menjustifikasi 'lay off' dan/atau 'retrenchment' adalah terhad.

2 -Soalan cadangan juga memberikan sedikit maklumat 'statistik' - berapa serius masalah ini. Maklumat ini senang sekali diperolehi seorang yang memangku Presiden MTUC? MTUC pasti ada maklumat ini, kalau tidak boleh dapat dari sumber lain. Jika pemangku presiden MTUC sendiri tidak tahu bilangan syarikat/pekerja terbabit - sedih sekali. Angka penting untuk semua tahu betapa 'serios' isu ini.

3 - Soalan cadangan juga menyatakan jelas 'kesukaran' yang dihadapi pekerja kena buang - susah cari kerja dalam industri sama, sukar dapat kerja tetap yang baru, susah mendapat kerja baru yang membayar gaji yang sama atau lebih,...

4 - Soalan cadangan juga menarik perhatian kepada 'masa selepas lay-off sehingga dapat kerja baru' - di mana kini pekerja Malaysia, semua ada tanggungan setiap bulan, dan sememangnya perlukan bantuan sementara kerajaan untuk 'sementara waktu' sehingga dapat kerja baru.

5 - Soalan cadangan juga menarik perhatian kepada isu 'hak diambil kembali bekerja jika syarikat yang 'lay-off' ambil pekerja baru' - Ramai tahu, kadang-kadang 'lay-off' ada niat jahat - saperti buang pekerja tetap - lepas itu ambil pula pekerja kontrak jangka pendek, pekerja 'outsoursing'(dari contractor for labour), pekerja migran, pekerja baru (yang perlu hanya bayar gaji rendah) - Apa yang berlaku nyata kepada ramai pekerja - kenapa pula pemimpin MTUC tidak tahu atau tidak mahu timbulkan?

6 - Abdullah Sani mungkin tak tahu  atau tidak arif tanya soalan bagus - mintalah bantuan orang?


17/5/2016
6.PR-1342-L74689
Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [Kuala  Langat] minta MENTERI SUMBER  MANUSIA menyatakan  kajian  berkenaan  dengan  faedah-faedah pemberhentian kerja sementara di dalam Akta Kerja 1955. 

Komen:-

1 - Soalan biasa MP BN?
2 - 'Faedah Pemberhentian Kerja' jelas terkandung dalam Akta Kerja. Saya tak pasti apa maksud 'faedah-faedah pemberhentian kerja sementara' - adakah terdapat pemberhentian kerja sementara? Ingat ini bukan sebarangan MP - tetapi juga yang memangku jawatan Presiden MTUC.
3. Komen pada soalan pertama terpakai.  

109.PR-1342-L74686
Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [Kuala  Langat] minta PERDANA MENTERI menyatakan  jumlah  300  hari  diperuntukkan  kepada  penjawat  awam cuti bersalin akan dikaji semula.

Komen:- 
1 - Soalan tak jelas. Apa - setiap kali penjawat awam bersalin, mereka dapat 300 hari? Ini diskriminasi - kenapa pekerja swasta tak dapat hak sama? Soalan memang tak jelas.Yang membaca boleh keliru? Mungkin soalan ini sebenarnya mengenai jumlah hari cuti bersalin yang diberikan kepada 5 anak pertama pekerja, dan tak ada cuti bersalin untuk anak ke-6? Tapi ini tak jelas jika dibaca soalan Absullah Sani?[Harus difahami, bahawa orang ramai akan membaca Soalan MP - dalam Aturcara Mesyuarat

2 - Soalan tak begitu bagus kerana Menteri cuma perlu menjawab "ya' atau "tidak". 

18/5/2016
64.PR-1342-L74685
Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [Kuala  Langat] minta PERDANA MENTERI menyatakan  jumlah  semakan  gaji  diperlukan  termasuk  penjawat awam seperti Pengarah dan pegawai dan bila (back dated) dikuatkuasakan.     

Komen:-
1 - Saya sendiri tak faham asas atau makna soalan ini? Adakah anda faham?

19/5/2016
22.PR-1342-L74687
Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [Kuala  Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan  kuantiti  kumpulan  penjawat  awam  yang  berkhidmat diikat  sebagai  pekerja  kontrak  dan  mohon  dikaji  semula  kontrak  mereka  dan peruntukan  jangka  15  tahun  dimasukkan  dalam  kontrak  dan  diserap  kepada pekerja tetap seterusnya.

Komen:-
1- Soalan boleh lebih jelas. Adakah Abdullah Sani mendesak bahawa penjawat awam, jika diambil kerja berasaskan kontrak jangka tetap - kini diberi kontrak kerja 15 tahun? Sepatutnya apa yang diperjuangkan adalah kerja tetap? Jika pun kontrak kerja untuk 15 tahun (kontrak 1 tahun dilanjutkan 1 tahun demi 1 tahun untuk jangkamasa 15 tahun? Selepas itu, apa nasib pekerja? Kalau masuk kerja umur 21 tahun, selepas 15 tahun, pekerja berumur 36 tahun - boleh dapat kerja baru? Atau sukar? Boleh dapat kerja baru dengan gaji sama atau lebih? Kerja tetap adil kerana setiap tahun ada peningkatan gaji dan juga hak saperti bilangan cuti tahunan?
2 - Dengan soalan ini, adakah Abdullah Sani menyokong kerja kontrak jangka pendek? Adakah ini juga pendirian MTUC?
3 -  Kenapa hanya mengenai pekerja sektor awam, dan bukan tentang pekerja sektor swasta?
4 - Ingat soalan juga memberikan gambaran mengenai pendirian MP itu sendiri.

67.PR-1342-L74688
Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [ Kuala  Langat  ] minta MENTERI SUMBER  MANUSIA menyatakan  kajian  semula  terhadap  pekerja-pekerja wanita yang diberi cuti bersalin dalam Akta Kerja 1955.   

Komen:-

1- Soalan biasa tanya MP BN? Tak adapun pun cadangan MP itu sendiri mengenai apa pindaan yang perlu? 
2- Soalan tak jelas? Adakah terdapat kajian kerajaan? Bila kajian ini telah dimulakan? Atau soalan tak berasas, tanya saja?


24/5/2016
55.PR-1342-L74682
Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [  Kuala  Langat  ] minta PERDANA MENTERI menyatakan    kaedah    kenaikan    gaji    penjawat    awam    yang  diumumkan baru-baru ini.     
Komen:-

1- Soalan biasa oleh MP BN untuk buka jalan Menteri membuat pengumuman.
2- "yang  diumumkan baru-baru ini" - ertinya Abdullah Sani secara lojik sepatutnya sudah tahu apa kandungan pengumuman tersebut - yang tentu juga mengandungi butiran mengenai 'kaedah kenaikkan gaji" - Justeru, soalan tak perlu - dan rugi satu peluang soalan. {Setiap sesi Parlimen, MP ada hak mengemukan hanya 15 soalan sahaja kepada kerajaan - jangan merugikan peluang ini, dengan tanya soalan yang 'bodoh'.

25/5/2016
76. PR-1342-L74684
Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [  Kuala  Langat  ] minta PERDANA MENTERI menyatakan   jumlah   kenaikan   (adjustment)   terhadap   penjawat  awam di atas gaji pokok.   
26/5/2016

Komen:-

1- Soalan ini berkait dengan soalan sebelum ini - pasti semua makluman tergandung dalam pengumuman terdahulu. Kalau tak tahu, tanya CUEPACs atau mana-mana Union mewakili penjawat awam.

8.PR-1342-L74690
Tuan  Abdullah  Sani  bin  Abdul  Hamid  [  Kuala  Langat  ] minta MENTERI SUMBER  MANUSIA menyatakan  kajian  semula  penambahbaikan  berkenan dengan syarat-syarat kelayakan kesatuan.    

Komen:-

1- Lagi sekali soalan yang biasa ditanya MP BN.


*** Banyak komen mengenai soalan pertama dan berterusan terpakai untuk semua soalan berikut. Saya tidak mahu ulangi komen sama.


NOTA:- 

A. Apa yang boleh diperolehi daripada laman web Parlimen adalah 10 Soalan Yang Memerlukan Jawapan Lisan(Jika tak sempat dijawab, yang merupakan kebiasaan - jawapan bertulis akan diberikan kepada MP berkenaan - Jawapn tidak akan terpapar di lamab web Parlimen. Jika MP tak berkongsi jawapan dalam Blog/Laman Web MP - rakyat tidak akan tahu jawapan kerajaan. Sehingga kini, tak nampakpun Abdullah Sani berkongsi jawapan yang diterima.

B. Soalan dan jawapan berkenaan isu pekerja sepatutnya dipaparkan di Laman Web MTUC (dan union lain) tapi sehingga kini tidak ada. Adakah ini kerana Abdullah Sani, yang merupakan pemangku Presiden MTUC, tidak berkongsi soalan dan jawapan Parlimen beliau kepada MTUC dan Union lain - atau kepada pekerja di Malaysia?

C. Selain daripada soalan memerlukan jawapan lisan, MP boleh mengemukakan 5 soalan yang akan diberikan jawapan lisan. (Kita tidak akan tahu soalan MP atau jawapan kerajaan, jika Abdullah Sani tidak berkongsi kepada kita).


Saya cukup gembira apabila seorang pemimpin Union berjaya menjadi seorang Ahli Parlimen - Abdullah Sani telah banyak tanya soalan mengenai isu pekerja dan Union, tetapi malangnya saya tak nampak nampak pun jawapan yang diberikan oleh kerajaan. Mana dia 'TRANSPARENCY'? MTUC pun gagal kerana mereka tidak mempaparkan soalan MP/Senator mengenai isu pekerja dan kesatuan sekerja serta jawapan kerajaan dalam Laman Web mereka - itu kegagalan MTUC dan Union. Adakah mereka cuba mendapatkan jawapan dari MP/Senator/ADUN? Mungkin ada cuba, tapi MP/ADUN/Senator tak mahu beri atau malas nak beri..

Kalau jawapan kerajaan tak didedahkan - kaum pekerja yang dimangsakan. Kalau tahu jawapan kerajaan, boleh juga bertanya lebih berasaskan jawapan kerajaan. Dapat juga kita bertindak berasaskan jawapan yang diberikan kerajaan.

Medan perjuangan seorang MP bukan sahaja dalam Dewan Rakyat - kalau tak diberikan peluang berhujah, beliau senang sekali boleh keluarkan kenyataan media untuk memaklumkan pendirian dan apa yang diperjuangkan. ADAKAH ABDULLAH SANI MENGELUARKAN APA-APA KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ISU PEKERJA DAN KESATUAN SEKERJA SEJAK BELIAU JADI MP - Saya tak nampak, adakah anda? Setengah MP, setiap hari mengeluarkan kenyataan media - harapan adalah Abdullah Sani mengeluarkan kenyataan media, sekurang-kurangnya satu seminggu - kerana banyak isu pekerja, banyak insiden pembuangan kerja dan sebagainya...Setiap kali, ada isu, keluarlah satu kenyataan media dengan cepat...

Dari soalan MP ini di atas, jelas ada banyak kekurangan...

Pekerja dan Kesatuan perlu mencabar dan memberikan kritikan membangun kepada MP dan juga kepimpinan kesatuan - kalau tidak silap dan kekurangan sedia ada mungkin berterusan dan yang rugi adalah pekerja dan kesatuan. 

Malangnya, ramai takut mencabar dan beri komen - hanya mahu kekalkan 'perhubungan baik' - akhirnya, 'quality' MP pun kekal sama tak berubah dan bertambah baik..

Saya kini meminta ABDULLAH SANI segera membekalkan semua soalan parlimen yang beliau kemukan, dan jawapan yang diterima kepada MTUC, Kesatuan Sekerja dan Pekerja, dan memastikan bahawa ini semua diterbitkan dalam Laman Web MTUC, serta juga Laman Web peribadinya. 

Jika beliau bekalkan kepada saya, akan saya terbitkan dalam Blog ini dan yang berkaitan, dan juga menghebohkannya dalam kumpulan FB Pekerja dan Kesatuan yang saya ada akses.. 

No comments: