Friday, August 08, 2008

Ketua Kampung - Elected by people in Perak, Chosen by government in Selangor

Congratulations MB and the government of PERAK for allowing the people to choose their own "Ketua Kampung" ...

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya di pilih oleh penduduk kampung masing-masing sebagai Ketua Kampung yang baru dimana sebelum ini , perlantikan dibuat melalui kuasa politik.

Menteri Besar , Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin dalam ucaptamanya berharap perlantikan tersebut dapat meningkatkan usaha penyampaian maklumat dan hasrat rakyat untuk diambil tindakan oleh kerajaan negeri.- Perlantikan Ketua Kampung Negeri Perak, 8/8/2008 - (taken from Al Husseyn's Blog)



Shame on you MB and government of SELANGOR for not believing in democracy - and continuing the process of appointment, as was done by the BN.

Selangor Lantik 363 Ketua Kampung Baru



SHAH ALAM, 6 Ogos – Seramai 363 ketua kampung yang baru telah dipilih, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari.


Beliau berkata watikah perlantikan jawatan ketua kampung tersebut akan diberikan dalam satu majlis khas yang akan ditetapkan kelak.

“Kesemua mereka yang dilantik bakal melalui tempoh percubaan selama enam bulan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco, dekat sini petang tadi.

Menurutnya lagi, dalam tempoh tersebut nama mereka (ketua kampung) akan disemak Jabatan Insolvensi dan pihak polis.

Katanya, ia penting bagi memastikan hanya mereka yang mempunyai rekod yang bersih sahaja dibenarkan meneruskan perkhidmatan sebagai ketua kampung.

“Perlantikan mereka dibuat secara telus dan kita juga telah menetapkan mereka yang menjawat jawatan ketua kampung tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan dalam parti sebagaimana yang dibuat oleh kerajaan terdahulu,” ujarnya.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga berharap mereka yang telah dipilih akan melaksanakan tanggungjawab dengan adil, telus dan bertanggungjawab tanpa mengira pegangan politik.

Dalam pada itu, Yaakob berkata terdapat lima buah kampung di Hulu Langat masih belum mempunyai ketua kampung berikutan proses temuduga masih dijalankan.

Katanya, kampung yang terlibat ialah Kampung Seri Jambu, Kampung Melayu Ampang, Kampung Tasik Permai, Kampung Sungai Batu dan Kampung Pandan Dalam. – MURIZA ABDUL HAMID - taken from Suara Selangor Maju (the official State Government Website)


I reiterate the call for elections at all levels of government - from the Ketua Kampung & JKKK, Ketua Taman & JKKT, Local Council, Penghulu and even for the Senators from the States.

Give back the power of choice to the Rakyat.

Appointment by state governments was the old BN way - and hopefully the Pakatan Rakyat will be different - and will be for great democracy...

CONGRATS PERAK STATE GOVERNMENT

Selangor, Penang and the rest of the State governments should follow the good example of Perak...

4 comments:

Anonymous said...

i will reveal, that nepotism also happen here, i will inform at the right time just to see last final list.

Gua bay song said...

Shame on you Charles for being a lousy politician for whacking your DAP and PAKATAN peers.

If you are playing football on premier league, would you whack your teammates in public or complain during team meetings?

And stop acting like a sissy and asking for police protection. The risks come with the job.

Clearly Charles, you are too stubborn to realise that your NGO ways won't take you far as an MP.

With all these in mind, I wonder if u are cut out for this job.

Hamzah said...

go Charles go, you're doing exactly what rakyat voted you to do .. speak your mind honestly because we are sick of the old BN ways of working behind close doors but no result!

Anonymous said...

I fully agree on this, Ketua Kampung must be elected by people instead of chosen by Politician.

Somebody please advise me on how to raise this thing up for me to ensure "Election" can be done at my place accordingly.


Maran, Pahang.